Sista Stardust Colla Rose-Minuman Kesihatan dan Kecantikan Wanita dengan 7 Bahan Terbaik

Sista Stardust Colla Rose-Minuman Kesihatan dan Kecantikan Wanita dengan 7 Bahan Terbaik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Orang kata nak cantik ni susah. Nak kena jaga makan, nak kena tengok pakaian, nak kena jaga dari bangun tidur hingga tidur balik la senang cerita. Tapi, sempat ke kita kalau dengan cara hidup sekarang ni? Tambah-tambah kalau jenis bekerja dari belum terbit Matahari sampailah terbenam, baru sampai rumah. Jadi, macam mana kita nak kekalkan kesihatan dan kecantikan dalam suasana kesibukan yang melampau ni?


Sekarang kita boleh dengan produk berkualiti daripada Sista Stardust. Sista Stardust mengeluarkan 3 produk kesihatan dan keselamatan berasaskan ramuan semulajadi iaitu Colla Rose, Fibre Rose dan Berries Rose. Sista Stardust dikilangkan oleh kilang mereka sendiri. Jadi, produk ini bukanlah produk 'repackaging'. Kilangnya pula bertaraf GMP dan diiktiraf sebagai HALAL. Yang paling penting, semua produk Sista Stardust juga telah dapat kelulusan Halal dan dijamin keselamatannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berasaskan ramuan semulajadi.


Kali ini, aku nak cakap pasal Sista Stardust Colla Rose. Sista Stardust Colla Rose merupakan produk minuman kesihatan yang dijamin selamat, berkesan dan sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Cuma, kalau mengandung, menyusu atau sedang mengambil ubat tertentu, kita perlulah mendapatkan pendapat dan pandangan doktor dulu sebelum mengambil makanan tambahan ini. Nak tengok tak video masa aku unbox this beautiful pink packaging? Boleh click di bawah ye.

(click)

PERINGATAN KERAS! 

Mereka yang mempunyai alahan dengan makanan laut DILARANG SAMA SEKALI mengambil produk ini.



7 Ramuan Istimewa dalam Sista Stardust Colla Rose


Aku sendiri dah rasa Colla Rose ni. Memang sedap sangat! Minuman ini berperasa oren dengan tambahan

  1. ekstrak kelopak mawar yang dipatenkan (No.3818483)
  2. ekstrak kamu-kamu
  3. asthaxanthin
  4. vitamin C
  5. ekstrak kelopak mawar
  6. gum akasia
  7. kolagen
Ramuan yang paling istimewanya mestilah ekstrak kelopak bunga mawar tu. Untuk pengetahuan korang, penggunaan bunga mawar sangat terkenal dalam penjagaan kecantikan di Jepun sehingga mendapat jolokan 'Japan whitening'. Sebab tulah kulit wanita Jepun cantik yang amat. Putih gebu gitulah. Itu yang jadi trend kecantikan tu. Alaa, kat tempat kita ni pun, bunga mawar memang sudah terkenal. Itu yang sampai bunga mawar menjadi antara bunga yang wajib digunakan untuk mandi bunga. Ramai yang mandi bunga sebelum kahwin juga untuk naikkan seri. :D


9 Kebaikan dan Kelebihan Pengambilan Sista Stardust Colla Rose


Kenapa orang ambil Colla Rose ni? Mestilah untuk

  1. mengatasi masalah kulit kering dan kusam
  2. mencerahkan dan menyerikan kulit wajah
  3. melambatkan proses penuaan
  4. mencegah daripada masalah kedutan halus
  5. menegang dan menggebukan kulit wajah
  6. melembapkan kulit
  7. menghilangkan bintik halus dan tompok hitam
  8. mengatasi masalah jeragat dan jerawat
  9. menguatkan rambut, kuku dan tulang

Cara Pengambilan Sista Stardust Colla Rose


Jangan lupa untuk disiplinkan diri dengan cara pengambilan Colla Rose seperti yang disyorkan di bawah ini.
  1. Masukkan 1 sachet Sista Stardust Colla Rose (10 grams) ke dalam 150ml air suam.
  2. Kacau sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. 
  3. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.

Pemakanan Yang Dicadangkan: 

1 paket sehari, sebelum tidur.

Harga Sista Stardust Colla Rose


  • Rm150 sekotak utk 60 hari ( Jumbo pack )
  • Rm60 sekotak utk 20 hari ( Mini pack)
  • (Hanya rm2.50 utk maintain FLAWLES sepanjang sehari)

Cara Mendapatkan Produk Sista Stardust




Jangan lupa tau. Dapatkan Sista Stardust Colla Rose dan produk Sista Stardust yang lain juga iaitu Sista Stardust Fibre Rose dan Sista Stardust Berries Rose. Untuk mendapatkan produk Sista Stardust, anda bolehlah menghubungi mereka melalui

  • Email -  admin@sistastardust.com
  • Laman Web - Sista Stardust
  • Facebook - Sista Stardust
  • Instagram - Sista Stardust Official
  • Helpline -  03 8964 5759 / 011 1611 0369

Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus