Nanowhite 'No Spots No Flaws' Dalam 2 Minggu Sahaja!
Nanowhite No Spots No Flaws | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang mencuba rangkaian produk daripada Nanowhite. Packaging daripada Nanowhite memang buat aku happy je sebab for the first time in my life, aku dapat packaging yang cantik dalam kotak keras macam ni. Tq Nanowhite! :D
Nanowhite mempunyai rangkaian produk yang luas tau. Memang lengkap untuk rutin kecantikan daripada bangun tidur sampailah ke masa kita nak tidur balik. Bila tengok Nanowhite, teringat pulak dekat room mate aku, Ain yang memang pengguna Nanowhite. Setiap kali nak ambil bekas toiletries, mesti ternampak pembersih muka Nanowhite yang dia guna. Haissh, bila dah jauh, pembersih muka dia pun boleh buat kita teringat.
Kali ini, aku berpeluang mencuba 4 produk mereka iaitu
Nanowhite mempunyai rangkaian produk yang luas tau. Memang lengkap untuk rutin kecantikan daripada bangun tidur sampailah ke masa kita nak tidur balik. Bila tengok Nanowhite, teringat pulak dekat room mate aku, Ain yang memang pengguna Nanowhite. Setiap kali nak ambil bekas toiletries, mesti ternampak pembersih muka Nanowhite yang dia guna. Haissh, bila dah jauh, pembersih muka dia pun boleh buat kita teringat.
Nanowhite No Spots No Flaws; Perbezaan Ketara dalam 2 Minggu Sahaja
Kali ini, aku berpeluang mencuba 4 produk mereka iaitu
- Nanowhite Awakening Snowy Wash
- Nanowhite Refining Treatment Toner
- Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
- Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream
Target mereka dengan 4 produk ni adalah menghilangkan bintik-bintik dan masalah tona kulit tidak sekata. Bila dah berjaya hilangkan bintik hitam, barulah kulit dikatakan flawless. Kalau dah jauh je nampak licin, bila dekat macam ada dot dot dot je kat muka, tak denye flawless lagi. So,
NO SPOTS NO FLAWS!
Jom kita tengok apa fungsi 4 produk Nanowhite yang hebat ni.
Nanowhite Awakening Snow Wash
- Membersihkan segala kotoran pada wajah dan pada masa yang sama
- Melembapkan kulit wajah supaya kekal lembut dan berseri
- Tidak merosakkan lapisan perlindungan semulajadi kulit
- Diperkaya dengan Omega White-C dan menggunakan teknologi Nano
- Sangat sesuai untuk kulit normal dan berminyak
Nanowhite Refining Treatment Toner
- mengecilkan dan melembutkan liang pori.
- berfungsi sebagai astringent yang mengecilkan pori dan menghilangkan minyak berlebih tanpa mengeringkan kulit
- padat dengan Omega White-C, ekstrak Witch Hazel, oren, lemon dan bilberry dengan penggunaan teknologi Nano
- sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit normal, kering, dan berminyak.
Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
- menggunakan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semulajadi
- kepekatan serum sangat efektif dalam menembusi kulit untuk merawat masalah bintik hitam dan tona kulit tidak sekata untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah dan sekata.
Nanowhite Double Action Gel Cream
- memberikan aksi pencerahan 2 kali untuk kulit yang lebih lembut dan lembap
- meminimumkan bintik hitam dan mencerahkan tona kulit
- mengandungi concentrated encapsulated Nanowhite Super Antioxidant (Vitamin E & C)
- memberikan kesan pencerahan maksimum dan menghalang proses pengoksidan untuk kulit cerah yang tahan lama
- tekstur yang sangat ringan, tidak berminyak dan senang diserap oleh kulit
- sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah normal, kering dan berminyak
Cara Penggunaan Produk Nanowhite
- Mulakan rutin kecantikan kita dengan Nanowhite Awakening Snow Wash. Basahkan telapak tangan. Picitkan sedikit ke atas telapak tangan dan gosokkan 2 tangan sehingga berbuih. Gosokkan buih pembersih pada muka sehingga muka terasa lembut dan tidak berminyak. Fokuskan pada ZON T iaitu dahi, pipi dan dagu.
- Lanjutkan pula dengan penggunaan Nanowhite Refining Treatment Toner. Ia boleh digunakan secara terus dari telapak tangan atau menggunakan kapas. Toner digunakan untuk menutup pori yang terbuka dan menghilangkan saki baki kotoran yang ada. Ia juga berfungsi menyediakan kulit kita untuk menerima nutrien daripada produk yang seterusnya.
- Selepas toner, titiskan pula Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dan ratakan dengan cara menepuk wajah perlahan-lahan. Serum boleh digunakan sebelum pelembap. Kita boleh juga sapukan satu lagi lapisan ekstra di tempat yang mempunyai bintik hitam.
- Akhiri rutin ini dengan Nanowhite Double Action Gel Cream. Selepas semua langkah di atas, akhiri rutin kita dengan menggunakan krim berbentuk gel ini. Selepas itu, bolehlah kita mulakan proses mekap pula. :D
Pengalaman Sendiri Menggunakan Produk Nanowhite
Selepas mendapat produk ini, aku ada minta Nik yang guna. Kebetulan pencuci muka dia dah nak habis. Kononnya, aku nak teruskan dengan produk sedia ada je. Lepas dua tiga hari, Nik mula cakap produk ni best. Kulit dia rasa lebih lembut dan lebih cerah. Kalau ikutkan, suami aku ni memang agak cerewet. Jadi, kalau dia kata bagus, it means that the product is really good! So, aku mestilah nak cuba sekali and taraaa, aku pun suka jugak produk Nanowhite ni!
Kalau tengok bahagian blackhead, masih nampak, tapi bila kita sentuh hidung, dah kurang rasa menggerutu. Bangun pagi, kulit rasa extra smooth, extra clean, walaupun aku tak disiplin sangat dengan rutin kat atas. Kiranya, aku cuci muka jela time nak mandi malam. Lepas dah mandi, pegang anak, lupa dah segala step lain, and still, muka tak rasa berminyak pun lepas bangun pagi. Alhamdulillah, Nanowhite suits my skin and Nik very well. Last sekali, lepas guna Nanowhite, rasa lagi senang pula nak apply makeup. Great!
Gunalah Nanowhite Sebab Dia Best!
Jangan lupa dapatkan produk Nanowhite di Watsons atau Guardian. 2 drugstore terkenal di Malaysia ni selalu juga buat sale tau. Sale tahun baru, sale raya, sale hari itu, hari ini. Korang godek-godeklah. Kalau kena dengan masa, boleh jimat banyak. Produk drugstore ni, walaupun murah, dijamin selamat. Lebih selamat dan terjamin daripada produk timbang kilo kat luar sana tau. Tolonglah, sayangi kulit kita sebab kita ada satu muka sahaja.
Setakat ni dulu perkongsian aku untuk hari ini. Wassalaam.
Salam dari team BPT. Hee
ReplyDeleteNak try la produk ni. Blackhead n pori makin berleluasa ni.
Thanks 4 sharing