Lazada Big Baby Fair 2018 Datang Lagi Dengan Diskaun Sehingga 80%
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Antara kegusaran bakal ibu bapa adalah menyediakan segala keperluan bayi yang bakal lahir. Mana nak cari baju, stroller, sabun mandi, kain lampin, ubat-ubatan dan sebagainya. Harga satu satu barang pula, boleh buat si ayah menelan air liur. Barang bayi ni saiz je kecil. Harganya besar. Bila dah gabung semua, memang boleh buat kempis beg duit. Nasib baiklah ada Lazada.
Setiap tahun, Lazada tak lupa untuk mengadakan jualan besar-besaran untuk barangan keperluan bayi. Dorang pun ibu bapa juga. Sebab tu dorang tahu betapa banyak keperluan bayi yang diperlukan terutamanya untuk anak pertama. Masa jualan mega inilah, ibubapa mesti ambil peluang untuk melengkapkan keperluan bayi dengan diskaun hebat. Nasihat aku untuk semua` ibu bapa dan bakal ibubapa di luar sana, jangan sesekali lepaskan peluang untuk membeli segala keperluan bayi semasa Lazada Big Baby Fair ini.
Setiap tahun, Lazada tak lupa untuk mengadakan jualan besar-besaran untuk barangan keperluan bayi. Dorang pun ibu bapa juga. Sebab tu dorang tahu betapa banyak keperluan bayi yang diperlukan terutamanya untuk anak pertama. Masa jualan mega inilah, ibubapa mesti ambil peluang untuk melengkapkan keperluan bayi dengan diskaun hebat. Nasihat aku untuk semua` ibu bapa dan bakal ibubapa di luar sana, jangan sesekali lepaskan peluang untuk membeli segala keperluan bayi semasa Lazada Big Baby Fair ini.
Pengalaman Sendiri Membeli Barang Nazhan Secara Online di Lazada
Nik sememangnya suka sangat membeli barang di Lazada. Sebelum dapat gaji, dia browse through macam-macam. Kalau berkenan di hati, terus masuk cart. Bila dah dapat gaji, terus cashout. Sejak ada Nazhan, bukan barang dia aja yang dia tengokkan, barang Nazhan pula yang dia obseskan sebab pilihan barang-barang bayi dan anak-anak di Lazada sangat banyak. Comel-comel dan yang paling penting, jauh lagi murah berbanding di kedai kat luar ni haa..
Antara barang yang sangat berbaloi beli di Lazada mestilah diapers. Lampin pakai buang di Lazada boleh dibeli secara bundle. Dalam kotak. Biasanya, ada 4 pek untuk satu kotak. Harganya, memang jauh lagi murah berbanding beli satu pek sahaja di kedai fizikal. Tetiap bulan, tengok aja stok diapers macam dah susut, terus order di Lazada. Baru tak putus stok. Diapers ni, kalau putus stok, boleh murung 5 hari jadinya. Sekotak boleh tahan dalam 2 hingga 3 bulan tau. Hanya dengan sekali pembelian. Tak payah nak pergi mall manjang. Jimat duit, jimat masa, jimat minyak kereta.
Macam nilah Nik susuh diapers anak dia. Dalam laci khas lagi. |
Bayi ni masalah dia, dia sangat cepat membesar. Jadi, baju bayi ni senang cerita ada expiry date. Kih3, Kalau beli baju besar terus, nampak tak cantik pulak. Bila dia dah padan dengan saiz tu, eh dah lusuh, pudar warna. Kalau budak yang dah boleh berjalan pakai baju besar, boleh tersadung kaki tau. Jadi, baju Nazhan setakat ni memang selalu kena beli. Nik memang jenis yang suka baju yang memang padan betul-betul. Jadi, kat Lazadalah kitorang selalu beli baju Nazhan. Murah, banyak pilihan, senang. Nak warna apa? Corak macam mana? Lengan panjang ke pendek? Saiz berapa? Umur berapa? Berapa kilo berat bayi? Semua details macam ni biasanya memang disertakan pada setiap produk. Senanglah kita mak bapak ni nak pilih yang mana satu paling sesuai dengan anak kita.
Antara baju pertama Nazhan yang pernah jadi favourite Nik untuk anak dia pakai. :') |
Stroller pun penting sangat untuk bayi. Kita kan suka pergi jalan-jalan kat mall. Bayi nak kena bawak. Takkanlah nak tinggal pulak. Jadi, ada stroller, senang kerja. Tak perlu nak kendong anak atas bahu je all the time. Lenguh jugak tu. Anak pun lebih selesa kalau nak tidur dalam stroller. Kita tinggal tolakkan saja. Tengok Nazhan kat bawah ni jap.
Lenanyalah anak aku tidur dalam stroller Sweetheart ni. :') |
Lazada dengan sukacitanya menjemput semua ibubapa yang rasa macam nak cari barang keperluan anak-anak untuk sama-sama menjayakan Lazada Big Baby Fair Sale yang akan berlangsung dari 25-29 July 2018.
Sepanjang Big Baby Sale 2018 ini berlangsung, semua produk dan barangan keperluan bayi boleh dimiliki dengan harga diskaun sehingga 80% tau. Jadi, peluang ini memang kita sebagai ibubapa kena rebut sebelum harga semua barang balik kepada asal.
Sepanjang Big Baby Sale 2018 ini berlangsung, semua produk dan barangan keperluan bayi boleh dimiliki dengan harga diskaun sehingga 80% tau. Jadi, peluang ini memang kita sebagai ibubapa kena rebut sebelum harga semua barang balik kepada asal.
Bukan itu sahaja. International brands pun termasuk dalam Big Baby Sale ni. Inilah peluang kita nak bagi anak barang berjenama. Antaranya
Baby diapers
- Drypers
- PetPet
- Huggies
Baby Toys
- Fisher-Price
Formula Milk
- Dutch Lady
- PediaSure
- Enfagrow A+
- Friso Gold
- MamyPoko
- Nankid
- Mamil
- Anmum
- S-26
- Lactokid
Stroller
- Sweet Heart Paris
Feeding
- Philips Avent
- Nivea Baby
Baby Clothes
- Poney
Bukan setakat diskaun tau. Jualan kali ini juga menawarkan baucer, flash sales, penghantaran percuma, hot deals bawah RM49 dan bundles. Yang paling menarik bagi aku mestilah bab baucer dengan bundles. Dengan belian bundles, kita bolehlah beli banyak-banyak sekali gus dengan harga yang lebih murah. Boleh beli sekali untuk anak-anak saudara sekali. Lepas tu, guna pula diskaun. Lagi wow harganya. Best! :D
The Big Baby Fair Instagram Photo Contest- Mission Adorable!
Untuk ibu bapa yang suka capture memorable moments macam aku dan Nik, inilah masanya untuk anda gunakan bakat fotografi anda itu untuk mendapat hadiah yang woww daripada Lazada. Senang aja nak join tau.
Cara Menyertai
- Pakaikan anak anda dengan pakaian bertemakan Baby Spy1. Spy ala ala James Bond tu.
- Muat naik gambar ke Instagram anda. Profile mestilah Public. Barulah Lazada boleh tengok.
- Caption gambar adalah apa yang menginspirasikan kostum bayi anda dan bagaimana reaksi bayi anda dengannya.
- Jangan lupa untuk sertakan #LazadaBabySpy tau. Barulah senang Lazada nak trace penyertaan anda.
- Peraduan berjalan sehingga 26 Julai 2018. Pemenang akan diumumkan pada 28 Julai 2018.
- Info lanjut boleh didapati di LazadaMy
Hadiahnya bukan calang-calang tau. Menangi baucer RM1000 untuk barangan ibu dan bayi! Wowww! Macam-macam boleh beli weh dengan baucer RM1000. Jenuh la posmen nak hantar hadiah ni nanti. :D
Jangan lupa tau,
Lazada Big Baby Fair 2018 attack!
hai tuan tanah...lama x dgr cerita... tau2 dah ada anak kan?
ReplyDelete