Raya Kami dan Monthsary Nazhan di Bukit Keluang

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Raya tahun ini pastinya sangat berbeza bagi aku. Sebelum kahwin, raya sebagai bujang. Selepas kahwin, 2 tahun raya sebagai isteri. Alhamdulillah, tahun 2018, aku raya sebagai seorang ibu. Kalau dulu, wajibkan diri untuk solat sunat Raya, tahun ni terpaksa stay kat rumah sebab Naz kurang selesa tinggal dengan auntie dia yang bongsu tu yang dia baru jumpa.

Perkembangan Naz. Memula dia lahir, asal malam dia menangis. Siangnya, dia tidur atas aku manjang. Tak boleh letak. Asal letak menangis. Terpaksalah minta tolong kerani klinik umi kat bawah tengokkan sementara aku mandi dan sebagainya. Alhamdulillah. Bawa balik Muar, perangai nangis malamnya dah settle. Sekarang, kitorang dah pindah rumah baru pun, dia ok. Dah boleh berlari dah anak iols. Ya Allah, Kau bagi nikmat yang terlalu besar bila aku menjadi seorang ibu kepada the most wonderful son, Nazhan sedangkan aku hambaMu yang berdosa. Terima kasih Yaa Allah.

Wrong lighting, but the risk was worth taken when Naz can see how bad he looked when he cried as a baby.

I don't blame my son as we were the culprits that woke him up from his sleep.
I got the info when it was too late. Sumayah did not get it at all. -_-

One with beloved parents, Umi and Abah.

They are mine but I don't mind sharing with you, Nik.

Pagi raya pertama, raya rumah umi aku. Suka sangat boleh berkumpul dengan my kin. Ambil gambar banyak-banyak. One thing jela tertinggal, lupa nak buat style berbaris untuk bersalaman dengan umi abah and nak ambil gambar salam dengan Nik lepas tu letak tangan dia kat pipi. Tahun depan wajib buat!

Rare to happen. Treasure to cherish.

Orang kata, makin tua, raya makin tak bermakna. Bagi aku, aku rasa sebaliknya. Aku rasa, tahun demi tahun, raya aku semakin bermakna. Saiz keluarga makin membesar. Every year, ada je orang baru menambahkan warna warni dalam hidup aku. Alhamdulillah. Hopefully, things will always get better and better.

He just can't resist looking at my beautiful face at all time.

Dulu, aku macam tak rapat sangat dengan my family. Semakin kami dewasa, kami makin rapat. Makin boleh bercakap, makin seronok berbual. 
Dulu, tak ada kamera yang boleh capture every precious moment. Sekarang, everything boleh simpan buat kenangan. 
Dulu, tak de siapa yang sudi nak organise open house. Sekarang, kami dah boleh masak sendiri (me not included) kalau setakat sahabat handai nak datang beraya.

The actual first raya morning clothes.

One with the reason I keep holding on.

Me time is when the lighting is lit!

Raya yang dulu, kami berusaha keras nak kumpul duit raya. Tapi, sekarang dah dapat merasa nikmatnya memberi.
Dulu, tak de kereta nak ke rumah kawan-kawan. Beraya pun rumah mak saudara je. Sekarang, dah bolehlah melawat kawan yang jauh sikit-sikit tu. 
Dulu, aku tak de keluarga kedua. Sekarang, dah berganda saiz keluarga aku. Lebih banyak makanan boleh makan. Lebih banyak maaf dapat dikumpulkan.

My men.

Sambut Monthsary Birthday Naz di Bukit Keluang


Before kahwin, aku pernah merungut jugak. Keluar dengan Nik ni, tak de tempat lain selain mall. Bila dah kahwin, baru tahu beliau suka juga pergi pantai rupanya and his favourite pantai setakat ni Bukit Keluanglah. Cantik, bersih dan dekat dengan rumah beliau. My siblings pun tak de plan lain that day. Dorang sudi masakkan walaupun dah penat lepas buat open house the day before. Umi abah jela tak de. Penat. Jadinya, menyambut monthsary Naz kat sanalah kitorang pada raya ketiga. Thank you all!

My Son is there. Yes, on the lap of his favourite uncle.

Sibs moment.

Setiap kali datang Bukit Keluang, mesti teringat kenangan dengan kawan-kawan. Sihat ke dorang. Dorang ingat aku sama macam aku ingat dorang ke tidak. Kalau ajak jumpa, dorang sudi ke nak bertemu mata. Jauh dah semuanya. Sobss.

Second sibs moment.


He is more romantic when he is with his son.

Naz really enjoyed his first salt water experience that he caught a fever back at home. Pity.

Most of the time, my son is a picture prop. Literally.

Whatever facial expression he makes, we just love them so much!


After this happened, he straight away planned for a waterfall visit. Tapi, kencing tikus sounds scary.


Yup, this raya memang sangat bermakna bagi aku. Dah boleh beli baju raya sendiri. Ikut citarasa sendiri. Dah ada suami dan anak di sisi. Family pun makin rapat, sendat, padat kata Janna. All is well la senang cerita. Alhamdulillah. Syukur sangat for everything I have now. Tiada nikmat yang boleh aku dustai. Segalanya cukup. Sempurna dalam ketidaksempurnaan kami. Insya Allah.

Random picture of me and Naz surrounded by doves coz I just like it.

So guys. I hope I don't come across dah people yang keep saying, makin tua, makin tak berasa nak raya. Our life, our way. If kita buat something yang kita suka, sukalah. Kalau awal-awal mind set dah tak suka, tak sukalah jadinya. Di kesempatan ini, kami mohon maaf kalau ada yang aku buat menyinggung perasaan dan menghiris hati kalian. Insya Allah, the feeling is mutual. Kalau kau maaf aku, aku pun maaf kau. 

Kosong kosong ek? Wassalaam.



Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus