Bulan Puasa Nilah Paling Sesuainya

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Maaflah, link haircare routine. Isi benda lain. Inilah usaha aku nak post juga draft yang tak bergerak-gerak. Kih3. Tahun ini, aku kena juga berusaha mengurangkan berat badan dan aku pilih untuk buat intermittent pasting yang tak berapa strict. Kadang-kadang, aku berenti makan pukul 6 petang, kadang pukul 4 petang, kadang 2.30 petang. As long as tak makan malam. 

girl with a guitar
Yang ni nampak kurus. Sikit.

Lagipun, aku sendiri rasa tak selesa untuk tidur kalau makan lebih daripada 8 malam. Rasa kembung perut pagi esoknya. So, IF should be suitable for me. Bergantung dengan mood juga. Jarang-jarang kena cheat day. Minum manis pun, segelas sehari je paling banyak. (Nak jugak tu. Hehehe) Aku kalau boleh malas dah nak bergantung kepada angle masa ambik gambar. Aku nak semua angle nampak kurus. Hahaha

baju korporat
Yang ni nampak gemuk. Banyak.


Trik aku satu lagi, aku nak disiplin puasa Isnin dan Khamis. Aku perasan, bulan puasa adalah bulan di mana berat badan memang akan turun walaupun aku makan besar waktu sahur dan berbuka. Therefore, we really only have to sacrifice 1 mealtime each day. And tak tambah jajan-jajan picisan between meals except for nuts or veges.

Dengan berpuasa, bolehlah beribadat sambil turunkan berat badan. Doakanlah aku makin kuat motivasi, boleh kurangkan porsi makanan kepada suku-suku separuh pula. I actually am trying to find a way to make a diet to become my daily life, my habit, my way of living. Aku bukan nak berdiet 3 bulan or 4 bulan je. 

Buat masa sekarang, bila malam sampai, lapar memang terlalu lapar, sampai jadi tak de mood. Hopefully, bila dah lebih 40 hari nanti, badan aku dah boleh adjust, and aku boleh keep the path I'm taking without much hunger and stress. Amiin.

Sekarang, bulan puasa. Masa yang paling sesuai untuk aku put IF into practice. Doakan kejayaan semua orang yang sedang berusaha untuk jadi lebih sihat dan cantik ye. Kalau malas nak bersenam berpeluh-peluh, silalah buat solat rawatib sebelum dan selepas solat dan solat terawih. Cuba disiplinkan diri untuk tidak tinggal. Tanpa kita sedar, masa tu memang kita tengah bersenam.

Selamat berjaya semuanya!

Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus