Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku tengah cuti sekolah ni. Tahun kedua aku sebagai guru sudah hampir ke penghujung. Tahun ni memang mencabar. Guru baru mengajar setengah tahun, terus menggalas tanggungjawab besar mengajar murid Tahun 6 yang menduduki UPSR. Tak pelah. Kita fokus tahun baru pula. Tak lama lagi dah nak masuk tahun ketiga. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru semalam aku meninggalkan IPGKKB.
Terima kasih sangat dengan
Sis Hawa yang sudi ajak aku dengan Nik untuk sama-sama terlibat dalam program charity di McDonald's, Pengkalan Chepa. Bila tengok huruf M besar terpampang di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, macam-macam memori menerjah ke kotak fikiran. Keterujaan singgah McD masa mula-mula dibuka, teruja ada McCafe, pilih meja panjang tengah-tengah sebab nak duduk ramai-ramai, tempat berkumpul lepas habis exam. Tetiba rindu semua sahabat handai. McD Pengkalan Chepa, and everything akan disimpan sebagai memori.
|
Akan sentiasa di hati. |
Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini sangat bermakna bila aku, Nik dan Nazhan berkesempatan menghadiri Program Komuniti McDonalds Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di McDonald's Pengkalan Chepa. Program Komuniti McDonald's dan RMHC kali merangkumi beberapa acara, program dan pemberitahuan yang dijalankan oleh McDonald's Malaysia;
1. Penyerahan Zakat Perniagaan
2. Program Aprentis McDonald's
3. Program "Back-to-School"
4. Rumah Ronald McDonald's Kedua di HUSM
Setelah sekian lama tak menghadiri apa-apa majlis melibatkan blogger, aku hadir ke majlis ini yang diadakan di tempat yang memang menggamit memori. Nothing can be more precious than this. Program bermula dari pagi lagi. Memula, pihak McDonald's berikan breakfast untuk tetamu yang hadir. Dan program sebenar bermula pukul 9.45 pagi. Tepat pada masa betul.
Penyerahan Zakat Perniagaan oleh McDonald's Malaysia
|
Program pertama aku dan Nik sama-sama. |
Naib Presiden Majlis Agama Islam Kelantan, Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi dan Mufti Kelantan, Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad merupakan tetamu jemputan pada program kali ini. McD juga mengisytiharkan zakat perniagaan sejumlah RM484100 melalui pelbagai inisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di Kelantan.
|
Disambut oleh belon-belonan. |
McDonald's Malaysia kini dimiliki oleh Reza Group yang mula mengeluarkan zakat perniagaan pada tahun lepas apabila perniagaan ini 100% dimiliki oleh orang Islam. Reza Group adalah sebuah syarikat yang mempunyai milikan ekslusif dan menguruskan McDonald's di kawasan barat dan selatan Arab Saudi. Ia sebenarnya sudah berjalan selama lebih 20 tahun. Azhar yang merupakan Pengerusi McDonald's Malaysia Internal Halal Committee menyatakan komitmen syarikat untuk membayar zakat sebagaimana yang diwajibkan ke atas setiap Muslim.
Daripada program ini, makin bertambah keyakinan aku untuk makan kat McD. Sebelum ini lagi, produk McD sememangnya dijamin halal. Bila dah berpindah milik ini, makin yakinlah aku dengan McD. Camtu.
|
Barisan media. |
Program Aprentis McDonald's
|
Perintis McD. |
McDonald’s Malaysia’s apprenticeship programme merupakan sebahagian daripada National Dual Training System (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ia adalah salah satu usaha menggalakkan penglibatan orang ramai untuk menyertai McDonald's Malaysia. McDonald's Malaysia sangat mengalu-alukan remaja asnaf dari Kelantan untuk menyertai program aprentis ini. Penyertaan adalah percuma. Buat yang melangut kat rumah, tengah cuti, tengah tunggu lamaran kerja, apa kata korang join program by McD ni. Program ini percuma tau!
|
Alamak, ligting pun. |
Program peristis ini melibatkan pembelajaran teori yang melayakkan para peserta untuk bekerja secara sepenuh masa dalam syarikat McDonald's sebaik sahaja menamatkan program tersebut. Sepanjang program yang dibiaya sepenuhnya, para aprentis akan diberikan elaun sebanyak RM1200 sebulan, faedah insurans kesihatan dan makanan disediakan.
Sangat banyak faedah yang diberikan. Walaupun tak nak join McD selepas program, program ini tetap bermanfaat sebagai sebuah program yang memberi ilmu dan pengalaman tentang pengurusan dan serba serbi perihal restoran francais. Jangan lupa, francais McD bukan calang-calang, memang terkenal seluruh dunia.
|
Para penerima bantuan mula berkumpul. |
Program "Back-to-School"
|
Seronoknya dapat hadiah. |
Program Kembali ke Sekolah dibiayai oleh francais McDonald's dan rakan perniagaan yang lain. Ia bertujuan untuk menyediakan set kelengkapan sekolah yang baru untuk sesi persekolahan tahun 2019. Program ini melibatkan lebih daripada 17000 pelajar sekolah rendah seluruh negara.
|
Bangga pun ada. |
Setiap murid akan mendapat 1 set uniform sekolah, sepasang kasut, dan sebuah beg sekolah. Jumlah keseluruhan sumbangan yang diberikan ini dianggarkan melebihi RM1.7 juta. Di Kelantan sahaja, 841 kanak-kanak dari kawasan luar bandar yang kurang berkemampuan menerima bantuan ini.
|
Senyuman manis staf. |
2nd Ronald McDonald House Charities (RMHC)
|
Sementara masih sempat. |
RMHC sudah mengembangkan inisiatifnya untuk komuniti melalui pembangunan RMH kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Rumah ini akan berfungsi sepenuhnya sebagai penempatan sementara keluarga kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu pada awal 2019.
Rumah komuniti ini mempunyai 18 buah bilik dan kemudahan lain seperti ruang makan, dapur, bilik basuh baju, ruang tamu dan ruang permainan kanak-kanak. RMH diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan bagi keluarga para pesakit kanak-kanak dan pada masa yang sama membolehkan keluarga menemani mereka sepanjang proses rawatan dijalankan untuk memberikan lebih motivasi dan keyakinan kepada mereka untuk sembuh.
Untuk lebih lanjut mengenai RMHC, sila layari
RMHC MALAYSIA dan bolehlah dapatkan informasi tentang this non-profit organisation ini.
Lain-lain Sepanjang Program
|
Persembahan pembukaan dari Sekolah Kebangsaan Kem. |
|
Dorang keluar, aku pun keluar snap gambar dorang. |
|
Budak start tak boleh duduk diam. |
|
Makin payah dikawal. |
|
Terus bawa masuk playland McD |
|
Tq McD for making my life easier. :) |
|
Thank you sebab sediakan makanan untuk kitorang. You are so sweet! |
|
Jarang-jarang boleh selfie sendiri. |
|
Kadang-kadang dapat selfie bertiga. |
|
Press release at the end. |
|
Macam-macam persoalan terjawab. Alhamdulillah. |
|
Pasca program. |
|
Pinjam pentas untuk backdrop. |
Comments
Post a Comment