Hari Tu, Kami Jalan-jalan di Cameron Highlands, Pahang.
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pergi Cameron Highlands je, tapi kenalah juga update masuk blog sebab inilah kenangan iols bercuti dengan suami dan anak sekali sekala. Alhamdulilah, masih ada rezeki meluangkan masa berharga sama-sama dalam kekangan waktu dan benda-benda lain. Dari Johor, kami bergerak hari Jumaat pukul 5 pagi dan sampai di destinasi pertama pukul 12.30 tengah hari. Okay la kan. Tak jammed sangat.
Kambing bakar ni, Nik beli on the way ke guest house. Tak tahu lak ceruk mana terletaknya kedai ni. Selamat mencari sebab kambing bakar ni pun sedap!
Sepanjang jalan masuk Kea Garden Guest House, ada 2 deretan kedai di kiri kanan jalan. Jadi, kereta memang kena masuk slowly sebab pengunjungnya sibuk berlalu lalang. Antara yang menarik perhatian mestilah pokok-pokok, bunga-bungaan, makanan cucuk-cucuk, jagung, dan banyak lagi weh. Baju sejuk pun banyak juga dorang jual. Cantik juga. Belilah juga sehelai untuk anak bujang kami.
1. Untuk mereka yang tinggal di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor (macam aku), silalah bergerak pada pagi, hari Jumaat. Kita cuti masa ni, tapi negeri lain belum. Jadi, insya Allah terselamat daripada traffic jam yang melampau terutamanya bila dah kat atas tanah tinggi sana. Fuuuh! Ia akan sangat menguji kesabaran.
2. Kalau tak nak bazir duit beli baju sejuk kat atas sana, bolehlah bawa baju sejuk sedia ada. Tak pun, bawa je selimut sebab kita paling nak guna time malam je. Time tengah hari, cuaca okay, tak sejuk mana, sesedap rasa. Tapi, mungkin time aku pergi je macam tu. Mungkin masa korang pergi musim hujan ke, pandai-pandailah ye.
3. Pergilah masa hujung minggu. Elakkan musim cuti sekolah yang panjang untuk mengelakkan kesesakan dan lautan manusia yang melemaskan. Kalau cuti hujung minggu pun dah ramai, memang aku tak leh nak imagine time cuti sekolah tu macam mana. Rasanya, kalau bukan musim cuti sekolah, harga penginapan dan barang-barang pun, murah sikit kot. Depends atas rezeki dan kepakaran tawar-menawar masing-masinglah.
Bharat Tea Plantation, Cameron Highlands
Bharat Tea Plantation adalah tempat pertama yang kitorang singgah. Sebenarnya kitorang datang untuk family day sekolah Nik. Memang best pemandangan kat sini. Ladang teh yang menghijau, bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, udara pun sejuk. Sekarang, dah ada tempat makan yang luas dan selesa. Tempat beli cenderamata pun berbaris elok. Ada toilet (sangat penting).
Macam-macam cenderahati dijual untuk dibawa pulang.
Kita boleh turun ke ladang teh dah sekarang. Cuma, kena beli pas masuk dulu, pakai kat tangan. Tak silap aku, harganya RM2 untuk seorang.
Aidilbadri Strawberries, Cameron Highlands
Ladang strawberi pun antara tempat wajib singgah kalau singgah di Cameron. Best betullah makan strawberi segar bugar, cicah coklat cair. Jangan lupa basuh dulu strawberi tu ye. Satu lagi, jangan la pelahap strawberi macam makan nasi, nanti sakit perut. Kalau nak cicah coklat, kena makan cepat-cepat sebab, cepat sangat dia jadi coklat bar, keras balik sebab cuaca yang sejuk.
Oh ye, ais krim strawberi pun ada. Boleh tahan gak la rasa dia.
Kambing Bakar Cameron Highlands
Kambing bakar ni, Nik beli on the way ke guest house. Tak tahu lak ceruk mana terletaknya kedai ni. Selamat mencari sebab kambing bakar ni pun sedap!
Kea Garden Guest House, Cameron Highlands
Kea Garden Guest House ini pula menjadi tempat penginapan kami selama sehari semalam di sana. Subhaanallah, sangat cantik ye. Memang menenangkan dan pada masa yang sama, sangat menceriakan suasana dengan warna warni bunga-bungaan dan struktur bangunan yang dibina.
Bilik penginapan kami tiada aircond. Mula-mula rasa pelik. Bila malam menjelma, baru faham. Memang sejuk gilakkk. Tak payah aircond. Untung tuan guest house. Jimat bil letrik kalau nak banding dengan tempat lain.
Sepanjang jalan masuk Kea Garden Guest House, ada 2 deretan kedai di kiri kanan jalan. Jadi, kereta memang kena masuk slowly sebab pengunjungnya sibuk berlalu lalang. Antara yang menarik perhatian mestilah pokok-pokok, bunga-bungaan, makanan cucuk-cucuk, jagung, dan banyak lagi weh. Baju sejuk pun banyak juga dorang jual. Cantik juga. Belilah juga sehelai untuk anak bujang kami.
Nazhan, the love of My Life
Tip Pergi ke Cameron Highlands
1. Untuk mereka yang tinggal di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor (macam aku), silalah bergerak pada pagi, hari Jumaat. Kita cuti masa ni, tapi negeri lain belum. Jadi, insya Allah terselamat daripada traffic jam yang melampau terutamanya bila dah kat atas tanah tinggi sana. Fuuuh! Ia akan sangat menguji kesabaran.
2. Kalau tak nak bazir duit beli baju sejuk kat atas sana, bolehlah bawa baju sejuk sedia ada. Tak pun, bawa je selimut sebab kita paling nak guna time malam je. Time tengah hari, cuaca okay, tak sejuk mana, sesedap rasa. Tapi, mungkin time aku pergi je macam tu. Mungkin masa korang pergi musim hujan ke, pandai-pandailah ye.
3. Pergilah masa hujung minggu. Elakkan musim cuti sekolah yang panjang untuk mengelakkan kesesakan dan lautan manusia yang melemaskan. Kalau cuti hujung minggu pun dah ramai, memang aku tak leh nak imagine time cuti sekolah tu macam mana. Rasanya, kalau bukan musim cuti sekolah, harga penginapan dan barang-barang pun, murah sikit kot. Depends atas rezeki dan kepakaran tawar-menawar masing-masinglah.
Wassalaam.
Comments
Post a Comment