Beli Barang Bayi Secara Online Lagi Murah Tahu?
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Sejak aku jadi golongan mak mak, memang aku kena bijak berbelanja. Nak pelihara, nak jaga, nak bagi makan pakai anak ni bukan senang hoi, tambah-tambah nak adjust kita punya perbelanjaan. Masa bujang, makan seorang. Bila kahwin, makan dua orang. Bila dah ada anak satu, makan bertiga. Dah tu, yang dalam perut ni lagi 10 minggu nak keluar, kena fikir lagi banyak tau.
Jadi, setiap peluang yang ada, aku kenalah
1. jimat duit yang boleh dijimatkan.
2. dapatkan duit yang boleh dijimatkan
Ini termasuklah dalam setiap perbelanjaan. Walaupun 20 sen ataupun 2 ringgit, mana boleh jimat, kita kena jimatkan. Apatah lagi kalau aku tahu kita sebenarnya boleh jimatkan berpuluh hingga beratus ringgit. Haaa, nak tahu macam manalah tu. Mestilah dengan shopping secara online. Banyak website boleh shopping online. Antaranya mestilah Shopee, Lazada, Zalora, FashionValet. Tak terkira.
Jom tengok benda apa yang aku selalu dan sudah beli secara online untuk Nazhan.
Kisah toddler car seat ni sadis sikit. Aku memang nak yang ringan, ringkas macam ni sebab car seat lama macam dah tak selesa Nazhan nak duduk. Walaupun benda ni untuk budak 2 tahun ke atas, aku tengok okay je Nazhan pakai. Sesuai je setakat guna untuk jalan-jalan naik kereta kawasan dekat. Aku order, seller dah hantar, nama receiver pun dah ada kat laman web iaitu kerani sekolah lama aku, tup tup dia cakap tak ingat pun ada terima parcel aku tuh.Mengadu punya mengadu kat Sumayah, eh eh sampai satu lagi bungkusan tak lama lepas tu. Dapat juga benda ni. Sumayah reorder untuk hadiahkan kat aku.
So, beli online memudahkan korang buat, Surprise! :D

Antara Barang Bayi Paling Berbaloi Untuk Dibeli Secara Online
Aku memang pembeli tegar online kalau bab barang anak-anak. Kalau baju sendiri, rasa ralat juga bila nak kena ukur saiz la bagai. Tapi kalau barang anak, online is definitely the best! Pilihan banyak, harga murah, senang nak bandingkan harga antara websites, tambah pula dengan diskaun melimpah ruah. Buat apa bayar lebih??Jom tengok benda apa yang aku selalu dan sudah beli secara online untuk Nazhan.
Pampers.
Pampers antara barang wajib beli setiap kali gaji. Kalau ada banyak lagi, mesti beli bulan depannya. Setiap kali, mesti beli sekotak yang ada 4 pek terus. 2 pek simpan kat rumah, 2 pek bagi pengasuh. Sangat menjimatkan berbanding dengan beli dalam pek biasa kat kedai. Dah la online banyak sale. Sale raya, sale ulangtahun, sale baby fair manjang. Tunggu sale, beli banyak-banyak terus.
Photobook
Photobook yang penuh dengan gambar Nazhan ni pun aku order online. Masa tu, Photobook senaraikan kod kupon untuk semua orang untuk mendapatkan photobook macam macam gambar tu secara PERCUMA! Kena bayar kos penghantaran je. Memang tak tunggu lama, terus aku claim. Buat apa simpan gambar dalam handphone kalau boleh print free? Like daa..
Baby Stroller
Inilah kombo stroller dan car seat pertama yang aku belikan untuk Nazhan. Harga memang berbaloi sangat bila dapat 2 items yang sangat penting bagi mak ayah ni. Yang stroller tu dah selamat kat tangan tuan baru. Jual masa nak pindah hari tu. Nik janji nak beli stroller baru untuk our future baby. Yang car seat tu sesuai untuk newborn baby. Dia tak de buckle sendiri tapi aku guna seatbelt kereta je masa nak bucklekan car seat ni pada tempat duduk kereta.
Toddler Stroller
Stroller 5 tayar yang jarang jumpa kat kedai fizikal ni pun aku beli online. Berkenan tengok mak ayah sorang toddler dorang dalam mall. Ringan, cantik, cun! Terus search Shopee. Aku memang jenis tak kuasa nak survey satu persatu kedai. Kalau ada 10 kedai, berapa hari baru nak jumpa. Kalau online, search je stroller, bermacam-macam jenis stroller keluar. Tinggal pilih je. Yang pasti, harganya pasti lebih berbaloi. Ramai lak yang bertanya bila nampak aku sorong si Nazhan jenjalan kat taman.
Eh korang, cantik tak blouse aku tu? Aku beli kat Zalora je. Kalaulah aku guna Zalora promo code, dah boleh diskaun, mesti dah boleh beli 2 helai hari tu.Tibah! Hahaha
Baby Cot
Katil baby pun aku beli online tau. Bentuk cantik, spesifikasi cun, siap ada tayar. Tengok harga, eh mampu. Macam murah je. Cuma, kena pandai-pandailah laki masing-masing memasang perabot yang kita beli online. Masa tu aku ingat harga katil baby ni dah murah. Rupa-rupanya, ada cara nak dapat dengan harga lagi murah. Caranya, guna Shopee promo code. Kupon ni membolehkan kita shopping dengan diskaun. Kupon online biasa diberi dalam bentuk kod yang kita kena letakkan sebelum pembayaran. Sangat senang. Untung-untung, boleh jimat sampai RM100 tau!
Toddler Car Seat
Kisah toddler car seat ni sadis sikit. Aku memang nak yang ringan, ringkas macam ni sebab car seat lama macam dah tak selesa Nazhan nak duduk. Walaupun benda ni untuk budak 2 tahun ke atas, aku tengok okay je Nazhan pakai. Sesuai je setakat guna untuk jalan-jalan naik kereta kawasan dekat. Aku order, seller dah hantar, nama receiver pun dah ada kat laman web iaitu kerani sekolah lama aku, tup tup dia cakap tak ingat pun ada terima parcel aku tuh.Mengadu punya mengadu kat Sumayah, eh eh sampai satu lagi bungkusan tak lama lepas tu. Dapat juga benda ni. Sumayah reorder untuk hadiahkan kat aku.
So, beli online memudahkan korang buat, Surprise! :D
Car Seat
Bila dah pregnant baru, perut dah makin ke depan, aku mengadu dekat Nik. Letih nak pangku Nazhan sampai 8 jam macam dulu bila gerak Kelantan-Johor-Kelantan. So, car seat ni kira penyelamat latest aku. Aku dah tak pangku Nazhan dah macam dulu. Dia pun selesa tidur atas benda ni. Safety features pun lagi upgraded. Alhamdulillah.
So, semua barang ni alhamdulillah, memang puas hati. Setakat ni, tempat favourite untuk aku bershopping online mestilah di Shopee!
Di Shopee, aku rasa lagi selamatlah sebab dorang ada refund policy yang sangat bagus. Setiap kali kita order, setiap pergerakan barang diupdate. Sampailah kita pula kena sahkan barang yang diorder sudah selamat sampai. Barulah Shopee akan release payment untuk seller. Kita juga boleh berkomunikasi dengan seller guna messenger dalam aplikasi Shopee tu sendiri. Tanya segala info tentang barang. Jadi, possibility untuk customer ditipu atau tersalah beli barang tak sama macam yang kita nak memang sangat rendah.
Bila aku compare and contrast harga barang pun Shopee memang menawarkan harga paling berbaloi. Banyak sale pulak tu. Ada barang yang sama ditawarkan dengan harga yang sangat berbeza tau. Ditambah pula dengan Shopee online coupons macam yang kita boleh tebus di Shopcoupons.My ni, lagilah jimat dibuatnya. Cuma, kita sebagai customer, wajib RAJIN untuk survey.
Lagipun sekarang, banyak dah langkah keselamatan yang online shop tetapkan untuk mengelakkan pelanggan ditipu oleh penjual. Ada yang buat return and refund policy. Kawan aku pernah buat aduan barang sampai salah, dapat balik barang yang betul. Insya Allah selamat. Asalkan kita rajin baca review dan tahu cara yang betul. Jangan teruskan transaksi kalau tetiba ada seller minta no tac ke, atau nak buat urusan melalui Whatsapp ke hape. Itu memang sendiri cari nahas.
Ok lah. Itu jelah yang aku nak share kali ni. 30 Mei ni hari last untuk penghantaran barang oleh Pos Laju tau. Kalau nak order barang, baiklah korang cepat untuk pastikan korang dapat baju raya, kasut raya, or langsir raya. Kang tak masal melopong tengok orang lain cecantik, kita cantik lepas raya pulak. Rugi.
Wassalaam.
Comments
Post a Comment