Posts

Showing posts from September, 2019

Cara Menginap di Wad Korporat Hospital Universiti Kubang Kerian Selepas Bersalin

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Disebabkan pengalaman bersalin kali pertama yang agak memeritkan bagi aku yang boleh dikatakan tak pernah hidup susah, aku memang berusaha semampu mungkin untuk memaksimumkan keselesaan aku selepas bersalin kali kedua . Tak nak dah melalui fasa menangis tak pasal-pasal dan digelar zombi oleh adik beradik aku macam pada tahun 2017. Remember that baby named Nazhan? Ye, masa saya beranakkan dia tu la. Fu fu fuuuh. Antara langkah yang aku ambil; Pertama, balik kampung lebih awal daripada EDD so that aku sudah di Kelantan di samping keluarga selepas bersalin. Alhamdulillah, kali ini pun maternity leave aku diluluskan oleh guru besar untuk balik awal. Kalau boleh, mintaklah pada masa 37 weeks of pregnancy sebab masa tu kandungan dah matang. Orang kata, dah cukup hari. Bila bila masa boleh bersalin. Pastinya kita tak nak bersalin dalam perjalanan pulang, betul tak? Kedua, aku bukakan hati, cerahkan otak untuk melabur duit sedikit u...

Pengalaman Kedua Bersalin- Pengalaman Mendewasakan

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, Nik Muhammad Nazeem bin Nik Nasyram sudah selamat keluar dari perut aku pada 19 Julai 2019. Tersama pula hari lahir beliau dengan abah aku. Lepas tu kan, part hari bulan dengan bulan tu, tambah satu je untuk jadi birthday Nazhan. Okay camni; Nazhan lahir 18. Nazeem lahir 19. Nazhan lahir Ogos, bulan 8. Nazeem lahir September, bulan 9. Dan dua dua lahir hari Jumaat Get it? Get it? What a destiny! Dekat dekat je semua. Sambut sekali jelah tiap tahun. Nazhan, Nazeem, Abah, Umi dan Hana. Umi dan Hana adik bongsu aku pun kongsi tarikh lahir bulan Ogos. Sambut sekali harung 5 orang tiap tahun. Jimat weh. Belanja memang kena lebih bijak di zaman Malaysia Baru ni. Get it? Get it? :) Nasib Baik Sempat! EDD anak kedua aku adalah pada 30 September 2019. Mulanya merancang nak balik Kelantan 19 Julai, tapi instinct aku menyatakan, aku kena balik lagi awal daripada tu. Mak-mak keliling aku pun duk ingatkan aku, tak...