Cara Menginap di Wad Korporat Hospital Universiti Kubang Kerian Selepas Bersalin
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Disebabkan pengalaman bersalin kali pertama yang agak memeritkan bagi aku yang boleh dikatakan tak pernah hidup susah, aku memang berusaha semampu mungkin untuk memaksimumkan keselesaan aku selepas bersalin kali kedua. Tak nak dah melalui fasa menangis tak pasal-pasal dan digelar zombi oleh adik beradik aku macam pada tahun 2017. Remember that baby named Nazhan? Ye, masa saya beranakkan dia tu la. Fu fu fuuuh.
Antara langkah yang aku ambil;
Pertama, balik kampung lebih awal daripada EDD so that aku sudah di Kelantan di samping keluarga selepas bersalin. Alhamdulillah, kali ini pun maternity leave aku diluluskan oleh guru besar untuk balik awal. Kalau boleh, mintaklah pada masa 37 weeks of pregnancy sebab masa tu kandungan dah matang. Orang kata, dah cukup hari. Bila bila masa boleh bersalin. Pastinya kita tak nak bersalin dalam perjalanan pulang, betul tak?
Kedua, aku bukakan hati, cerahkan otak untuk melabur duit sedikit untuk mendapatkan perkhidmatan confinement lady selama 7 hari. Kalau ikutkan hati, nak je bayar sampai sebulan, tapi kemampuan aku sampai seminggu je. CL akulah yang uruskan makanan berpantang, mandikan baby, urutkan, mandi lulur dan sebagainya. Teman berborak pun kira oklah. Hilang stress.
Kalau korang di Kelantan mencari khidmat CL ni, bolehlah hubungi Kak Siti di nombor 011 57766602.
Berlainan dengan USAINS, Wad Korporat di Hospital Universiti Kubang Kerian tidak boleh ditempah sebelum bersalin. Jadi, kita boleh menginap di situ mengikut kekosongan, tapi berdasarkan pengalaman abah dengan aku, insya Allah, bilik banyak yang kosong.
Selepas kita bersalin, ibu bersalin akan dibawa ke Wad Topaz, wad khas untuk postnatal. Untuk yang nak pergi ke Wad Korporat, anak dah keluar, jahit dah settle, bagitahu saja nurse kat situ yang kita nak duduk di Wad Korporat.
Bayaran sebanyak RM500 perlu diselesaikan sebelum kita dibawa ke Wad Korporat. Suruhlah suami pergi bayarkan masa kita duduk relax atas katil. Bayaran untuk satu malam adalah RM200. Kalau kita duduk kat bilik itu satu atau dua malam sahaja, baki akan diberikan di kaunter sebelum kita checkout.
Masa Nazhan dulu, dia kena kuarantin under antibiotic sebab aku ada masalah GBS. Beberapa malam juga kena stay sana, aku pula kena balik rumah sebab wad dah penuh. Inilah sebab utama aku memilih untuk stay di Wad Korporat, aku berazam nak stay di hospital sampailah Nazeem keluar wad. Tapi, alhamdulillah, kami sempat stay di situ semalaman sahaja. Nazeem boleh keluar lagi awal daripada Nazhan.
Sepanjang duduk kat sana, senang cerita, aku sangat berpuas hati. Insya Allah, berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Nurse pun lebih berlemah lembut, berbayarlah katakan. Bagi aku, tak salah untuk kita habis duit sikit untuk keselesaan sendiri sepanjang melalui proses berpantang. Di Wad Korporat,
Antara langkah yang aku ambil;
Pertama, balik kampung lebih awal daripada EDD so that aku sudah di Kelantan di samping keluarga selepas bersalin. Alhamdulillah, kali ini pun maternity leave aku diluluskan oleh guru besar untuk balik awal. Kalau boleh, mintaklah pada masa 37 weeks of pregnancy sebab masa tu kandungan dah matang. Orang kata, dah cukup hari. Bila bila masa boleh bersalin. Pastinya kita tak nak bersalin dalam perjalanan pulang, betul tak?
Kedua, aku bukakan hati, cerahkan otak untuk melabur duit sedikit untuk mendapatkan perkhidmatan confinement lady selama 7 hari. Kalau ikutkan hati, nak je bayar sampai sebulan, tapi kemampuan aku sampai seminggu je. CL akulah yang uruskan makanan berpantang, mandikan baby, urutkan, mandi lulur dan sebagainya. Teman berborak pun kira oklah. Hilang stress.
Kak Siti urutkan Nazhan. Hahaha :D |
Macam Mana Nak Duduk Wad Korporat?
Berlainan dengan USAINS, Wad Korporat di Hospital Universiti Kubang Kerian tidak boleh ditempah sebelum bersalin. Jadi, kita boleh menginap di situ mengikut kekosongan, tapi berdasarkan pengalaman abah dengan aku, insya Allah, bilik banyak yang kosong.
Selepas kita bersalin, ibu bersalin akan dibawa ke Wad Topaz, wad khas untuk postnatal. Untuk yang nak pergi ke Wad Korporat, anak dah keluar, jahit dah settle, bagitahu saja nurse kat situ yang kita nak duduk di Wad Korporat.
Bayaran sebanyak RM500 perlu diselesaikan sebelum kita dibawa ke Wad Korporat. Suruhlah suami pergi bayarkan masa kita duduk relax atas katil. Bayaran untuk satu malam adalah RM200. Kalau kita duduk kat bilik itu satu atau dua malam sahaja, baki akan diberikan di kaunter sebelum kita checkout.
Review Wad Korporat HUSM
Masa Nazhan dulu, dia kena kuarantin under antibiotic sebab aku ada masalah GBS. Beberapa malam juga kena stay sana, aku pula kena balik rumah sebab wad dah penuh. Inilah sebab utama aku memilih untuk stay di Wad Korporat, aku berazam nak stay di hospital sampailah Nazeem keluar wad. Tapi, alhamdulillah, kami sempat stay di situ semalaman sahaja. Nazeem boleh keluar lagi awal daripada Nazhan.
Sepanjang duduk kat sana, senang cerita, aku sangat berpuas hati. Insya Allah, berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Nurse pun lebih berlemah lembut, berbayarlah katakan. Bagi aku, tak salah untuk kita habis duit sikit untuk keselesaan sendiri sepanjang melalui proses berpantang. Di Wad Korporat,
- pesakit akan menginap di bilik sendiri tanpa perlu berkongsi dengan ibu yang lain
- bilik air disediakan di dalam bilik yang lengkap dengan sink dan pemanas air
- pesakit boleh memilih makanan daripada menu yang diberikan
- ada tv untuk ditonton time bosan-bosan
- kita boleh minta dengan nurse kalau memerlukan apa-apa
- beberapa hadiah diberikan seperti tuala dan keperluan bayi
Yang aku paling penting, family boleh melawat tanpa had masa dan bilangan. Malam tu, Nik, mak mertua dan Nazhan tidur kat sana temankan aku. Esok malamnya, Nik pergi ambil Nazeem untuk balik rumah. Sangat smooth perjalanannya.
Kesimpulan aku, apabila kita tahu kita mengandung, kita dah kena start fikirkan cara uruskan kewangan kita supaya kita selesa sepanjang berpantang sebab tempah ini adalah tempoh yang sangat kritikal at least for me. Paling kurang, fikirkan bajet untuk settlekan majlis bercukur dan akikah anak sebab itukan perkara sunat yang penting dan berkaitan dengan agama dan adat kita orang Melayu Islam.
This time around, aku tak rasa stress macam dulu, aku tak rasa penat macam dulu. Aku rasa sangat lega dan tenang berbanding masa kali pertama dulu. So far, sangat ok. Wassalaam.
ps- Looking forward to pengalaman kali ketiga, bila aku rasa 'Eh, macam nak cuti 3 bulan lagi je'.
best jgk la duk wad korporat kalo gitu..
ReplyDeletemelabur utk keselesaan sndiri xslh..
jnji hati byk happy.. hihi
Alhamdulillah. Happy tengok. Tahniah Muja dan selamat berpantang.
ReplyDelete