Rasa Bersalah Ibu Bekerja

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sekarang baru je habis cuti bersalin 3 bulan. Yup, kali pun aku ambil cuti bersalin maksimum. Yelah, sekali lagi aku ada keazaman untuk breastfeed anak aku sepenuhnya. Setakat ni masih berjaya dan Nazeem sudah berumur 3 bulan. Kalau dapat 6 bulan fully breastfeed dalam bekerja ni, sudah menjadi sebuah kejayaan yang besar dah bagi aku. So, keep praying for lots and lots of milk suppy okay strong mommas. We can do this!


Hari ini, hari gloomy aku. Biasalah perempuan. Jangan ingat period je boleh buat perempuan moody. Kami boleh moody bebila masa kami nak jadi moody, dan disebabkan apa-apa sahaja alasan untuk kami rasa nak moody. Hari ini, otak aku memilih untuk moody kerana rasa bersalah dengan anak-anak yang aku tinggalkan di rumah setiap hari untuk bekerja. If only I know other ways of making money from home, I would be at home. But, the talents are not anywhere to be seen. 

1. Tak boleh direct feeding selama 2 tahun.




Bila kita kerja, kita berpisah dengan anak yang masih bayi. Jadi, yang terbaik kita boleh buat, pam susu di tempat kerja, masukkan dalam botol untuk anak. Kalau tak kuat azam, susu mudah kering so, menyusbadan tak cukup 2 tahun. Sedih sangat terbaca yang ibu bekerja tak patut masukkan susu badan dalam botol untuk anak. Botol tu banyak bakteria. Terdedah kepada bahaya. Allahu... 

2. Anak menangis tengok kita keluar bekerja.



Awal-awal pagi dah kena tinggalkan kat rumah pengasuh. Walaupun hanya drama seminit, hati ini remuk bila anak tak nak salam dan menangis tengok umi nak tinggalkan dia. Merajuk sambil berdiri dekat pintu, tengok umi pergi. Allahu... 

3. Anak menunggu di pintu semasa kita balik dari kerja.



Sampai saja masa, memang dah bersedia nak punch card. Secepat mungkin sebab tak sabar nak berjumpa dengan anak. Sampai kat rumah, dengar sahaja bunyi kereta, anak tinggalkan Didi and Friends, Coco Melon, mahupun Upin dan Ipin untuk menyambut kepulanganku di pintu rumah. Betapa dia merindu ketiadaanku. Allahu...

4. Tidak boleh melihat anak membesar sepenuhnya.



Di tempat kerja terfikir fikir.. Apalah yang anak aku tengah buat. Apalah perkataan baru yang dia belajar. Apalah skill yang dia kuasai hari ni. Alangkah indahnya kalau dapat bersama dengan anak-anak sepanjang masa. Allahu.. 

5. Terpaksa meninggalkan anak kepada orang lain.



Pagi-pagi, terpaksa mandikan anak-anak walaupun sejuk sebab nak kena hantar rumah orang. Kesiannya anak aku. Ditinggalkan dengan pengasuh. Tetiba kena habiskan masa berjam-jam di rumah orang lain. Mesti tak selesa nak aktifkan diri macam di rumah sendiri. Aku hanya mampu berharap dan berdoa, semoga Kak Ema jaga anak aku, sayang anak aku, macam sayang anak sendiri. Amiin. Allahu.. 

6. Terlepaskan tekanan kerja atas anak-anak.



Sifat anak sukakan perhatian, sentiasa aktif, sentiasa bergerak, bersifat ingin tahu, ingin mencuba benda baru. Tapi aku? Tak tahan tengok barang berselerak, anak berlari, marah anak, jerit kat anak. Anak panjat, merengus. Anak kacau adik sikit, cubit. Bukan tak tahu anak cuma nak kita spend masa dengan dia. Bukan tak tahu cubit tu buat anak sakit, trauma semata-mata. Allahu.. 

7. Terlalu letih untuk melayan anak. 



Anak minta nyanyikan Head Shoulders Knees and Toes, diam. Anak minta dukungkan, biar. Anak minta baca buku,"Lepas ni." Bila cuti, geram je kalau terpaksa bangun awal juga sebab anak dah bangun. Padahal, masa inilah nak kena maksimumkan masa dengan dorang. Tapi, rela pulak layankan letih, malas. Pastu meradang sebab anak tak faham. Selalu lupa, anak kecil lagi. Belum tahu, belum faham apa-apa. Allahu.. 

Yup, kami tak boleh buat macam ibu yang di rumah sepanjang masa but that doesn't mean we love less.
Yup, kami terpaksa tinggalkan anak dalam jagaan orang lain sementara but that doesn't me we like it that way.
Yup, kami mungkin beli makanan dari luar sebab tak sempat masak, but that doesn't mean we care less.

Tak perlulah banding-bandingkan ibu bekerja dengan suri rumah sepenuh masa. Semua mereka adalah ibu yang bertarung nyawa melahirkan khalifah di dunia. benda ada cabaran sendiri. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, rezeki masing-masing, ketentuan masing-masing. Sebab yang sempurna hanya Allah. Kita sekadar hamba yang hidup mengikut aturanNya.

We are all mothers.. 
We love boundlessly.. We care tremendously..
But, we are all in different shoes that bring us through different paths towards the same ultimate destination; to give the best to our children. 

Comments

  1. dilema mak2 bekeje cam ni la..
    teringat ank kat umh pengasuh.. sedihnya..
    ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pengasuh kita menjalankan amanah dengan sebaiknya.. Amiin

      Delete
  2. Moga dimudahkan urusan mak-mak bekerja. Hawa sebenarnya kagum dengan kekuatan yg kalian miliki!

    ReplyDelete
  3. sama lah kita, kes yg serupa. apakan daya. kita berusaha lah sehabis mungkin dan sebaik2 yg bolehnya untuk anak2 kita. aamiin

    ReplyDelete
  4. Allah sedihnya. orang boleh cakap apa saja. Tuhan je yang tahu. Anak tu amanah ALLAH, tapi kerja pun satu ibadah. Kita jaga dua-dua.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus