Masalah Pelajar Sekolah Zaman Sekarang
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku kecewa dengan diri sendiri. Serasa macam aku cikgu yang tak seberapa. Semacam guru yang membuatkan client aku yakni pelajarku kecewa. Rasa macam, didikanku macam tak meninggalkan bekas. Seolah-olah, buat kering air liur sahaja lidahku bertutur. Kenapa ya?
Masih di sekolah rendah, tapi dah jumpa buku latihan dipenuhi dengan lukisan lucah. Ya, lukisan tangan sendiri. Punya tinggi imaginasi. Dari mana belajar? Mestilah dari internet dan handphone. Bila kantoi, tak bagi cikgu tengok. Bila tengok juga, menangis. Siap berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Sampaikan kawan-kawan lain bergaduh, berebut nak tengok.
Bersentuhan, bertepuk, bertampar, sudah jadi perkara biasa. Ada pelajar PEREMPUAN memberikan duit kepada pelajar lelaki tanpa diminta, tanpa meminta balasan. Aku seorang ibu dan cikgu yang paranoid. Aku terfikir, kalau sekarang dia sanggup menghabiskan RM1 untuk seorang lelaki tanpa diminta, macam mana agaknya kalau lelaki dia suka suatu hari nanti meminta sesuatu yang lebih berharga. RM1 at their age is quite a lot you know.
Ada seorang yang sentiasa tidur di dalam kelas. Kenapa dia mengantuk sangat? Malam dia buat apa? Internet dengan handphone juga kesnya ni. Bukunya didirikan, konon sembunyikan muka, kepala diletakkan di atas meja, mata tutup. Bila bagitahu ibubapa, disoalnya cikgu apa cikgu buat kalau anak dia selalu tidur. Seorang lagi, tak pernah siapkan kerja sekolah. Buku sentiasa tinggal di rumah. -_-
Kalau dulu, budak yang kurang daripada segi akademik, lain prestasinya kalau bab baca Quran sebab mereka sudah bermula seawal 4 tahun secara tidak formal. Baca Quran lancar, doa pun hafal. Sekarang, semasa tadarus, yang berbunyi hanya guru dan 2 atau 3 orang daripada seluruh kelas. Mampu tengok je Quran tu. Ada juga yang jenis tak puasa. Kalau puasa pun, 2 or 3 hari je sebulan. Dorang ingat dorang budak tadika? Kalau 2 or 3 hari tertinggal tu, bolehlah juga nak brain. Sedihnya.
Murid lelaki tanpa segan silu, menyepak kawannya di depan mata cikgu. Alasan? Macam-macam yang bagi orang dewasa ini, tak munasabah. Tapi, benda kecil-kecil pun boleh buat dorang ni baran, mengamuk. Tak ikut arahan. Ejek guna nama ayah. Ejek rupa paras. Kenapa dorang ni macam tak de rasa takut langsung? Macam tak boleh kontrol emosi langsung? Depan cikgu pun berani, kalau di belakang? Mungkin patah riuk si kawan dikerjakan.
Cara berdoa, bukan lagi macam dulu. Tangan tak tadah. Bercakap-cakap. Bila cikgu marah, nasihat, membebel, tersengih-sengih, tergelak-gelak, terjerit-jerit. Itu ok lagi. Yang tak berhenti langsung buat hal sendiri dalam cikgu masih bercakap pun ada. Memerli cikgu, menipu cikgu, menghina cikgu, memandang rendah pada cikgu.
Rasa kecewanya dengan diriku sebagai guru. Rasa tak layak aku menanggung amanah daripada Allah. Rasa risau tentang masa depan mereka yang merupakan aset negara. Rasa bimbang mereka jadi tak seperti yang sepatutnya. Rasa takut memikirkan apa yang akan jadi nanti pada aku dan mereka kalau berterusan macam ni. Bukan di dunia je, di akhirat juga. Wallahua'lam.
Insya Allah, usaha akan tetap diteruskan. Aku kena sedar, manusia hanya boleh merancang dan berharap. Allah jualah yang menentukan. Aku hanya mampu usaha, berdoa dan bertawakal. Aku kena sedar kemampuan aku setakat mana. Jerit tak boleh, lempang tak boleh, rotan tak boleh, pulau tak boleh. Insya Allah. Aku mampu harungi ini.
Entah kenapa aku tercoret perkara sebegini. Mungkin ada kalanya aku sekadang memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan kecewa. Mungkin, aku tiada telinga yang sudi mendengar, tapi aku ada blog yang sudi diisi dengan tulisanku.
Wassalaam.
Masalah Pelajar Sekolah Zaman Sekarang Membimbangkan Aku, Seorang Guru
1. Suka Perkara Lucah
Masih di sekolah rendah, tapi dah jumpa buku latihan dipenuhi dengan lukisan lucah. Ya, lukisan tangan sendiri. Punya tinggi imaginasi. Dari mana belajar? Mestilah dari internet dan handphone. Bila kantoi, tak bagi cikgu tengok. Bila tengok juga, menangis. Siap berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Sampaikan kawan-kawan lain bergaduh, berebut nak tengok.
2. Maruah Diri Dikecilkan
Bersentuhan, bertepuk, bertampar, sudah jadi perkara biasa. Ada pelajar PEREMPUAN memberikan duit kepada pelajar lelaki tanpa diminta, tanpa meminta balasan. Aku seorang ibu dan cikgu yang paranoid. Aku terfikir, kalau sekarang dia sanggup menghabiskan RM1 untuk seorang lelaki tanpa diminta, macam mana agaknya kalau lelaki dia suka suatu hari nanti meminta sesuatu yang lebih berharga. RM1 at their age is quite a lot you know.
3. Malas belajar
Ada seorang yang sentiasa tidur di dalam kelas. Kenapa dia mengantuk sangat? Malam dia buat apa? Internet dengan handphone juga kesnya ni. Bukunya didirikan, konon sembunyikan muka, kepala diletakkan di atas meja, mata tutup. Bila bagitahu ibubapa, disoalnya cikgu apa cikgu buat kalau anak dia selalu tidur. Seorang lagi, tak pernah siapkan kerja sekolah. Buku sentiasa tinggal di rumah. -_-
4. Kurang Pengisian Agama.
Kalau dulu, budak yang kurang daripada segi akademik, lain prestasinya kalau bab baca Quran sebab mereka sudah bermula seawal 4 tahun secara tidak formal. Baca Quran lancar, doa pun hafal. Sekarang, semasa tadarus, yang berbunyi hanya guru dan 2 atau 3 orang daripada seluruh kelas. Mampu tengok je Quran tu. Ada juga yang jenis tak puasa. Kalau puasa pun, 2 or 3 hari je sebulan. Dorang ingat dorang budak tadika? Kalau 2 or 3 hari tertinggal tu, bolehlah juga nak brain. Sedihnya.
5. Suka Bergaduh
Murid lelaki tanpa segan silu, menyepak kawannya di depan mata cikgu. Alasan? Macam-macam yang bagi orang dewasa ini, tak munasabah. Tapi, benda kecil-kecil pun boleh buat dorang ni baran, mengamuk. Tak ikut arahan. Ejek guna nama ayah. Ejek rupa paras. Kenapa dorang ni macam tak de rasa takut langsung? Macam tak boleh kontrol emosi langsung? Depan cikgu pun berani, kalau di belakang? Mungkin patah riuk si kawan dikerjakan.
6. Hormat Yang Hilang
Cara berdoa, bukan lagi macam dulu. Tangan tak tadah. Bercakap-cakap. Bila cikgu marah, nasihat, membebel, tersengih-sengih, tergelak-gelak, terjerit-jerit. Itu ok lagi. Yang tak berhenti langsung buat hal sendiri dalam cikgu masih bercakap pun ada. Memerli cikgu, menipu cikgu, menghina cikgu, memandang rendah pada cikgu.
Cikgu yang kecewa dengan diri sendiri. |
Insya Allah, usaha akan tetap diteruskan. Aku kena sedar, manusia hanya boleh merancang dan berharap. Allah jualah yang menentukan. Aku hanya mampu usaha, berdoa dan bertawakal. Aku kena sedar kemampuan aku setakat mana. Jerit tak boleh, lempang tak boleh, rotan tak boleh, pulau tak boleh. Insya Allah. Aku mampu harungi ini.
Entah kenapa aku tercoret perkara sebegini. Mungkin ada kalanya aku sekadang memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan kecewa. Mungkin, aku tiada telinga yang sudi mendengar, tapi aku ada blog yang sudi diisi dengan tulisanku.
Wassalaam.
mencabar tugas seorang guru zaman sekarang ni. risau juga tengok generasi zaman sekarang ni.
ReplyDelete