Pizza Hut Malaysia: Combination of quality chicken, tuna, beef, pineapple and more
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Orang kata, belajar setinggi mana pun seseorang perempuan itu, akhirnya ke ceruk dapur juga. Tapi, kalau zaman sekarang, pergi dapur untuk ambil pinggan, buang sampah dengan kemas-kemas je. Senang sangat sebab makanan sekarang, tak perlu dimasak. Order saja, senang sangatlah. Jangan risau ibu-ibu semua,. You are still the perfect mother when you order food for your family. Mom's guilt is real, but not cooking is not one of them.
Kita, mak-mak bekerja ni, bukan tak nak memasak, tapi kalau dah kita kerja, mesti letih bila sampai di rumah. Memasak bukanlah sesenang mencampak bahan-bahan. Bahan nak kena cuci, nak kena potong. Ada tu yang nak kena celur dulu la. Nak kena rendam dulu la. Yang nak kena marinate dulu pun ada. Waima nasi goreng pun will take 1 jam if kita nak start from scratch. Yang paling sedih, dah susah susah masak (sambil anak heret-heret kain) eh terlebih pulak masin manis masamnya. Jadi, paling senang, order food delivery je.
Me trying to feed Nazhan food so that he keeps breathing and living. |
Dalam nak memasak, nak kena melayan anak pula. Of course la kita pilih anak daripada memasak kan. Aku pun suka ada dengan anak. Boleh layan dorang berbual memang satu nikmat yang besar. Dengar cara Nazhan cakap dengan pelat dia tu, boleh buat hilang semua stress. Honestly, 24 jam sehari macam tak cukup. Sekarang, asyik fikir cara apa yang paling senang dan paling cepat untuk selesaikan sesuatu. Cara mana yang paling praktikal untuk seimbangkan kehidupan sebagai pekerja berintegriti dan suri rumah berdedikasi.
Salah satu cara yang sangat efektif adalah memegang kepada prinsip,
'Kalau aku tak sempat masak, aku akan order makanan. Order makanan bukan satu kesalahan. Anak yang kenyang adalah anak yang gembira. :D
Kelebihan Menempah Penghantaran Makanan
Yang paling aku suka bila menempah makanan mestilah sebab pilihannya yang sangat banyak. Korang suka makanan yang macam mana? Masakan melayu macam nasi tomato, nasi dagang, nasi kerabu? Masakan western macam pizza, spageti, macaroni, ke angel hair? Tak pun, masakan Siam macam tomyam, kerabu megi, kerabu mangga, somtam? Alah, semua jenis makan boleh orderlah sekarang. Kalau risau nak bayar dulu, boleh buat COD. Barang dapat, baru bayar. Senang.
Kenapa nak tunggu dihantar? Kenapa tak pergi restoran? Sesekali memang terasa juga nak makan tempat baru. Tapi, memang kena pergi dengan perancangan rapi. Kalau tak, boleh haru biru kehidupan ini. Nak pergi restoran ni makan masa. Kena bersiap-siap. Yelah, takkan nak selekeh kalau keluar rumah. Kalau urus diri sendiri je, senang. Ni anak lagi berderet. Daripada nak jimat masa, eh eh makin lambat pula. Order makanan adalah pilihan paling senang kalau perut sendiri dan anak-anak sudah mula berkeriuk bergendang minta diisi.
Persoalannya, nak order apa? Dengan siapa? Contoh paling senang, korang boleh order di aplikasi FoodPanda Malaysia untuk pizza delivery kegemaran masing-masing. Pizza Hut menyediakan macam-macam jenis pizza. Topping pun pelbagai. Ada ayam, tuna, daging, nanas, seafood dan macam-macam lagi. Senang cerita, kalau dengan Pizza Hut, tak risau nak fikir orang ni alah seafood, kena beli ayam. orang ni tak makan ikan, kena beli beef. Order je personal set sorang satu. Setel masalah.
Contoh personal set. Dah siap dengan Pepsi sekali. |
Walaupun asal-usul pizza datang dari Itali, pizza yang dijual di Pizza Hut telah disesuaikan dengan selera orang Malaysia. Contohnya, Hawaiian pizza yang ditambah dengan potongan nanas sebagai topping. Favourite aku la tu. Dorang punya pizza juga sentiasa diupdate. Tak delah kita bosan asyik pilih yang sama je. Punya banyak pilihan. Tinggal pilih ikut selera anak tekak masing-masing.
Jom kita tengok sebahagian daripada pelbagai jenis pizza di Pizza Hut.
Blazing Seafood Pizza |
Island Supreme Pizza |
Hawaiian Supreme Pizza |
Chicken Supreme Pizza |
Black Volcano Pizza |
Sejak ada food delivery macam ni, mak ayah dah tak perlu risau kalau terbalik rumah lewat, makanan tak de. Tinggal call sahaja. Kalau malas nak bercakap, order je delivery secara online. Goyang-goyang kaki depan tv tengok drama setengah jam, tup tup makanan sampai depan pintu. Senang. Bolehlah menjamu selera beramai-ramai. Anak suka, ibu bapa bahagia.
sedapnye pizza! lame xmkn.. hehe
ReplyDeletetu la mak2 bekeje ni kdg hujung mggu je dpt msk utk family..
Sedapnya Pizza. Lama tak order online. bolehlah guna foodpanda pulak lepas ni
ReplyDelete