Apa Nak Buat Bila Lapar Semasa PKP?

Assalaamualaikum wbt. Bagaimana semua orang kat rumah? Semoga sihat semuanya. Untuk kekal sihat, patuhilah arahan #StayAtHome #dudukrumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sama sama kita putuskan rantaian wabak COVID-19. 

Tak dinafikan PKP yang diarahkan oleh kerajaan gara-gara COVID-19 memang buat kita hilang arah. Daripada bebas, kita terkurung. Daripada boleh pergi mana sahaja ikut suka, kita terpaksa tetap di rumah. Daripada boleh makan di warung dan restoran kegemaran kita, kita terpaksa makan di dapur rumah masing-masing. Ya, jangan tak tahu, antara benda yang paling menekan perasaan adalah bab makan.  


Tambah-tambah untuk kita yang selalu makan di luar. Tak kira la kat warung ke, restoran ke, semua orang ada tempat kegemaran masing-masing. Kalau dulu, soalan 'Nak makan kat mana? Nak makan apa?' menjadi igauan setiap hari. Betapa banyaknya pilihan yang ada. Sekarang? Ramai yang terpaksa mula menjengah ke dapur, isikan bahagian rak yang kosong, untuk mula memasak di rumah. Padahal.. Hik hik.. 

Nak Masak Apa Lagi Ni? 

Maka bermastautinlah para ibu di dapur sepanjang PKP berlangsung. Sekarang dah masuk fasa ke 4. Tak tahu bila nak tamat. Mihun goreng untuk sarapan, ayam sambal untuk tengah hari, cencaru sumbat pula untuk makan malam. Letihnya, Tuhan sahaja yang tahu. Dah tengok ke belum gambar mak tidur kat dapur? 😂. Ibu macam aku ni pula reti masak tomyam, sup dengan telur goreng je. Jenuh mengulang. Para anak pula mula menjadikan buka tutup peti sejuk sebagai tabiat baru. Betullah orang kata, kita makan bukanlah semestinya sebab kita lapar. Mungkin juga sebab kita bosan.


Internet mula jadi peneman. Facebook jadi tempat berinteraksi dengan dunia luar. Ramai yang mula update gambar makanan bermacam-macam jenis. Kita yang tengok pula, mulalah terliur. Mulalah nak cuba resipi baru. Masa nilah nak tonjolkan bakat. Yang tak pernah jejak dapur tetiba decorate dapur cecantik, dengan scallop bagai nak bagi semangat memasak. Hadap resepi yang tak pernah dibuat berjela-jela. 

Sanggup berhabis duit beli segala bagai peralatan, perkakasan dan bahan. Bahan memasak yang tak pernah masuk perut pun diorder. Apa susah, semuanya di hujung jari. Sampaikan aku nak beli air fryer murah-murah pun ada tempat yang habis stok. 

Berbaloi Ke? 

Aku pun terasa juga nak masak macam-macam, tapi peralatan tak de. Macam Si Dalgona viral tu. Nampak sedap sungguh, tapi pemutarnya tak de. Nak bakar roti sendiri, breadmaker pun tak de. Nak buat kek, oven juga TIDAK ADA. Kalau beli, hasilnya bagaimana. Macam mana kalau kita rasa nak share dalam group Masak Apa Hari Ini, tapi  layak masuk group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini je. 😭

Satu lagi, segala peralatan mahal ini masih akan digunakan ke bila PKP dah tamat? Dah la hasilnya tak seperti yang diangankan, membazir pula. 

Apa Kata Dengar Cadanganku Ini? 

Ini nak cerita sikit. Tak salah nak memasak kat rumah, tapi kalau 'pelaburan' yang dibuat macam tak setanding dengan usaha dan hasilnya, apa kata kita biar yang pakar je yang masakkan untuk kita? Kita beli je makanan dari tempat favourite kita. Selain, rasa puas hati dapat menikmati makanan sedap, kita juga tidak penat. Bahkan, kita juga membantu mengerakkan bisnes para peniaga makanan. 


Tak boleh keluar rumah nak beli? Yang tidak boleh bergerak itu kita. Tapi makanan boleh bergerak dengan adanya khidmat penghantaran makanan. Bertuah para runner bila kita membuka ruang rezeki untuk mereka. Ya tuan puan, penghantaran makanan termasuk dalam essential service. Punyalah kerajaan memahami rakyat marhaen yang kurang berbakat di dapur macam.. Err.. Kitalah.. 😭

FoodPanda Ada Untuk Anda

Contoh syarikat penghantaran makanan terbaik mestilah FoodPanda. FoodPanda mempunyai ramai runner yang boleh menghantar makanan kegemaran kita. Tugas kita, order sahaja. Dengan adanya FoodPanda, kita masih boleh merasa makan makanan kegemaran kita walaupun kita berada di rumah. 


Dah penat memasak dan teringin nak makan KFC? KFC Malaysia ada di FoodPanda. Siap ada diskaun lagi. Teringin masakan ala Thai macam tomyam dan kerabu mangga? Order FoodPanda je. Bukan itu ajalah, banyak lagi makanan seperti ABC, nasi ayam, pizza, kek dan sebagainya yang kita boleh order dengan FoodPanda ni. Bukan untuk kita je, kita juga boleh memesan makanan untuk orang lain seperti mak ayah atau anak-anak. Manalah tahu, rasa macam nak belanja mereka makan. 

Jangan risau tau. Letih nak masak? Tak de idea nak makan apa? FoodPanda kan ada. Selamat makan sedap sedap sepanjang PKP dengan FoodPanda. Wassalaam. 

Comments

  1. Kadang2 e-bazar ni function jgk. hahaha. Aril singgah jap sini kak muja. lama tak berblogging.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus