Bukannya Anxiety Disorder

Assalaamualaikum. Sebelum aku bercuti PKPB yang bersambung dengan cuti sekolah hari tu, aku ada berborak dengan seorang cikgu ni. Aku bagitahu dia aku cepat berasa anxious. Anxiety ni memang tak best. Aku tak lalu makan. Berat badan turun banyak. Tambah pula dengan bulan Ramadan dan raya tak berjalan mana-mana. 

Tetiba dia macam, Hah? What? Gitulah gambarannya. Dia pun ceritalah pasal kawan dia yang ada anxiety disorder sampai nak kelar tangan. Allahu, teruk kan. 


Nowadays, jalan-jalan means duduk dalam kereta dari keluar rumah sampai balik ke rumah semula.

Tapi, bila aku nak bercerita pasal kebimbangan aku, which aku guna perkataan anxiety, it is as if I am not allowed sebab dorang kata, anxiety ni kena ada diagnosis from the doctor. Aku pun macam? Hah? Dah tu, kalau aku nak bercerita aku punya perasaan risau ni nak guna perkataan apa pula?

Anxiety tu semua orang pun boleh rasa sebab dia bermaksud KEGELISAHAN.

Semua orang pernah rasa gelisah, kan?

Yang perlukan diagnosis tu, Anxiety Disorder. So, tak de masalah la seseorang nak bercerita, 

'Aku rasa anxiety giler berucap atas pentas tadi.. bla bla bla.. '

Lain la kalau dia tambah perkataan Disorder.. haaa.. tu baru salah.. kena diagnosed dulu..

Kenapa yang jadi sensitif sangat bila sebut perkataan ni sekarang ye?

🤔

I have never been diagnosed with anxiety disorder but still, I do feel anxious once in a while. One thing for sure, anxiety is not the best feeling in the world. Anxiety buat kita rasa risau terlebih. Rasa tak selesa, tak senang duduk, nervous. Dada rasa sempit. Macam berdebar-debar bila tengok crush zaman sekolah dulu tu. Tapi, it is not a big deal. Normal la, semua manusia ada perasaankan? 

Yang dinamakan penyakit tu, bila kita tambah perkataan disorder yang bermaksud kecelaruan. Senang cerita, anxiety disorder ni kerisauan yang melampau sampai tak lalu makan ke, terlebih makan ke, sakit kepala ke, and other symptoms la. Bila orang ramai nak pendekkan, dia drop the word disorder. Itu yang jadi confusing.  Sekarang ni, bila guna perkataan itu, ramai orang react as if kita bangga nak announce kita ada anxiety disorder. Padahal, kita nak cerita tentang kita rasa gelisah, tu je. 

People, don't make it hard for us to bercerita tentang our own anxiety just because we are too lazy to add another word. Confusing, remember? Too complicated pula rasa. (:_

Back to my story...

Kisah 1

Masa aku darjah 3 ke 4 ek dulu, aku pernah tak lalu makan selepas jiran aku meninggal, accident motor. Aku pula pergi tengok mayat dia. Mayat tu okay je. Sempurna, but still, I went home a new person. I cried, felt nervous and afraid to be alone, hard to sleep at night. Yang paling perit, bila perut lapar, tapi tak boleh nak makan. Do you know that normally food is engulfed involuntarily through our trachea? Makin sedap makanan tu, makin laju kita telan and it just happens. Tanpa kita perlu telan sendiri. But do KNOW, it feels freaking bad when you have to do it voluntarily. Masuk mulut, you terpaksa telan. Even sesedap mana pun makanan tu. Rasa fed up. Rasa letih. Rasa penat.

Kisah 2

Masa sekolah menengah, aku kena stage fright pada hari aku kena mempengerusikan perhimpunan mingguan. Hancur satu perhimpunan, huru hara jadinya bila aku in-charge. Entah apa aku meraban atas pentas. Susunan majlis, hancur. Teruk aku kena marah dengan pengawas senior. Lepas tu, aku tak boleh tengok crush aku, aku rasa kejung. Serious, tak tahu nak buat cemana.

Kisah 3

Then, now here is COVID-19 pula. Sepanjang MCO, aku memang tak jejak tanah. Setiap kali Nik nak keluar, degupan jantung jadi laju. Asyik nak basuh tangan, nak pakai hand sanitizer walaupun tak keluar mana mana. Risau nak pegang anak. Takut nak jumpa umi dan abah. Sakit hati tengok orang lain ke sana ke sini ke sana ke sini atas jalan. Rasa marah orang post gambar pergi bercuti. Allahu, I guess, there is NO negativity that I am not feeling at this time. All things negative? They are right here, inside this body, behind all the ribcage protecting my heart.

My everyday view. Photo snapped by Nazhan. Tq Son. Adalah juga gambar untuk post ni.

After all, during MCO jugalah, aku tingkatkan ibadah sikit, breastfeed Nazeem sepenuhnya tanpa perlu pam. Makan lebih controlled sebab masak sendiri and tak sesedap kat kedai. Belikan mainan anak sebab duit ada lebih bila tak perlu isi minyak kereta. Spend time dengan Nik. Lepas few weeks, aku dah boleh adapt dengan MCO. Then, aku balik Johor, ready to face my pupils and keep up with the syllabus. Number of cases slowly drops and there are days where we have 0 number of case reported. 

However, nowaday, case number rises again whereas people ke sana ke sini bercuti. Aku still di Muar, tak balik Kelantan lagi walaupun cuti sekolah dah lama bermula. Yup, I expect nothing less than my emotions being up and down everyday until we have the vaccine for Covid-19. Ini jelah cerita aku yang aku guna perkataan anxiety yang macam controversial sangat sekarang ini. Anxiety je, aku bukan ada anxiety disorder. Get it?

Please, adhere to all the SOPS, wash our hands regularly, sanitize frequently, keep social distancing. We can do this if we do it together so people with overthinking mind like me, can live a better life. 

Wassalaam.

Comments

  1. Kalau tahap kelar tangan tu dah kategori bipolar. Pernah berurusan dengan pelajar macam ni dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. saya harap takkan pernah berdepan dengan masalah macam ni.. amiin

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus