Cara Mengetahui Kelayakan Dan Kemampuan Untuk Membuat Pinjaman Perumahan
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah. Aku tengok ramai betul duduk share tentang emas. Cantik-cantik pula design sekarang. Selain emas, rumah dan tanah pun sangat okay untuk dijadikan harta dan mungkin untuk pelaburan. Dengan adanya pelayar Internet dan media sosial, ramai yang mula celik tentang kepentingan memiliki hartanah dan rumah sendiri.
Kesedaran Pentingnya Pemilikan Harta
Kalau dulu, kita lambat sikit sedar, sekarang mungkinlah kesedaran itu datang setahun or dua tahun lebih awal. Muda-muda dah ada kesedaran untuk miliki rumah sendiri. Sekarang lagi untung bila kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertama. Untung sangat-sangat. Okay la tu daripada habiskan duit beli baju dengan beg je. Baiklah beli sesuatu yang kita tahu akan tahan lama dan dapat membantu in case kita dalam keadaan yang memerlukan di masa hadapan. Who knows..
Tapi, ramai juga yang masih tertanya-tanya,
Berapa amaun kelayakan yang sesuai dengan gaji?
Nak duduk sendiri ke nak sewakan? Boleh baca lanjut di Property Guru.
Rumah yang macam mana sesuai dengan jumlah pendapatan?
Berapa bayaran bulanan yang saya mampu bayar tanpa mengganggu keperluan yang lain?
Macam mana nak dapatkan pulangan terbaik dengan pembayaran yang saya buat?
Ada cara ke nak habiskan pembayaran lebih cepat daripada tempoh yang diberikan?
Macam mana nak dapatkan diskaun pembayaran?
Macam mana cara paling efektif untuk minimumkan kadar bunga loan?
Semua benda ini mestilah kita pertimbangkan supaya pemilikan harta tidak menyebabkan tanggungan kita yang lain tidak terjejas. Bayangkan ek. Kononnya, kita beli rumah untuk anak-anak. Tapi, lepas beli rumah, nak makan KFC ke, McD ke sebulan sekali pun tak mampu. Then, kita juga kena ingat yang anak kita lagi 2 or 3 tahun nak sekolah. Sesuai tak kenaikan gaji dengan kenaikan tanggungan sekolah anak. Setiap hujung tahun kena spend untuk barang sekolah. Kalau tak cukup macam mana? Kita tak nak lah macam tu. Betul tak?
Pengalaman Sendiri Membeli Rumah
Masa aku kahwin dengan Nik, dia pun menyewa. Lepas 2 tahun, aku dah habis belajar di IPG dan mula kerja pada tahun 2017, kami pindah pula ke rumah sewa lain. Lepas setahun gitu lebih kurang, Nik beli rumah di Muar. Jaraknya dari sekolah aku dalam 45 minit, dari sekolah Nik 50 minit. Then, aku bertukar sekolah. Sekolah baru dalam 20 minit. Sebelum pindah sekolah, minyak kereta aku dalam RM200 sebulan. Nik pula dalam RM300 sebulan. Rumah pula lebih kurang RM2000 sebulan. Alhamdulillah, boleh survive lagi walaupun dalam keadaan berjaga-jaga dengan kewangan kami. Inilah contoh perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pinjaman perumahan. Jadi, setakat mana kelayakan kita.
Sebelum membuat sesuatu pinjaman, kita perlulah membuat pengiraan dan pertimbangan terperinci. Dulu, susah sebab kena deal dengan orang yang betul-betul pakar. Sekarang dah senang, sebab ada banyak web yang untuk membuat pengiraan macam ni. Antara yang sangat diyakini dan dipercayai adalah MortgageCalculators.Info yang mula beroperasi dari tahun 2008 lagi.
Ramai yang memilih MortgageCalculators.Info sebab laman web yang nampak clean dan senang untuk digunakan. Banyak kalkulator yang disediakan untuk memberikan jawapan yang betul-betul spesifik dengan apa yang kita perlu tahu. Bukan setakat nak buat loan je tahu, kalkulator untuk membantu kita menyimpan duit dengan lebih istiqamah dan strategik pun ada. Lebih cepat kita mula menyimpan, lebih cepat kita dapat mencapai target simpanan kita.
Jomlah Kita Membeli Rumah dan Tanah Untuk Dijadikan Harta
Sebelum mengakhiri penulisan aku kali ini, aku nak mengajak para pembaca sekalian untuk mula membuat perancangan memiliki harta dari sekarang. Duit akan habis. Baju akan lusuh. Beg akan putus. Tapi, rumah insya Allah kekal milik kita. Memanglah mula-mula perit sikit, lama-lama, bila gaji dan naik, insya Allah, semuanya okay je. Rezeki kan ada di mana-mana.
Comments
Post a Comment