Apa Yang Cikgu Perlu Hadapi Untuk Menjalankan PDPR Sepanjang Bekerja Dari Rumah
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sebenarnya, baru dapat realization yang setahun or 2 tahun ke hadapan ini, cikgu-cikgu semuanya terpaksa menjadi techno-savvy! Yes, kena pandai segala bagai jenis applications yang ada di Google, lepas tu kena adapt dengan semua yang KPM sudah sediakan, kena ajar parents juga bukan sekadar murid.
Allahu, betullah orang kata. Bila jadi cikgu, kita kena jadi SEMUANYA!
Disclaimer
Bila aku cakap berfokuskan cikgu dalam artikel hari ini, aku nak nyatakan yang aku bukanlah nak cakap yang kitorang punya hidup nilah yang PAAAALINGGG SUSAHHHH, PAALINGGG TERKESAN dengan Covid-19.
Tak, bukan macam tu. Aku tahu semua terkesan, daripada hierarki paling atas, sampai yang paling bawah. Aku juga faham ramai lagi yang jauh lagi susah daripada kami. Kami masih dapat gaji setiap bulan, tapi,
AKU NI CIKGU....
Jadi, aku bercerita pun mestilah pasal kecikguan. Takkan nak cerita kisah kedoktoran dan kejururawatan. Dorang tu memang jelas-jelas paling penat dan lelah sekarang ni. Itu pun sanggup lagi manusia-manusia ni mengata-ngata. Mohon doakan keselamatan dan kekuatan tertinggi dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada mereka yang sudah banyak berjasa. Insya Allah.
Okay, berbalik pada kisah aku, seorang cikgu.
1. Kena belajar selok belok Delima
DELIMA merupakan satu website dimana semua keperluan, kelebihan, aplikasi, bahan, dan termasuk juga kelas secara online disatukan. Dengan DELIMA, guru dan ibubapa boleh bekerjasama bagi memastikan para murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Setiap guru dan murid mempunyai login ID dan password masing-masing untuk menggunakan DELIMA.
Bear in mind, cikgu-cikgu ni dah ramai yang berumur, bukan yang muda je. Yang tak berapa suka teknologi. Yang matanya tak berapa nampak. Yang dah senang penat duduk atas kerusi lama-lama. Yang kena makan ubat itu ini hari-hari. Yang susah nak faham dan ingat cara-cara guna peranti dan aplikasi. Tapi! Masih tetap cuba, masih tetap buat sedaya mungkin untuk murid-muridnya.
2. Terpaksa belajar banyak benda baru dalam masa singkat
Walaupun sudah ada Delima dan macam-macam video sedia ada, sebagai guru, kita masih ada keinginan untuk mengajar sendiri, untuk murid dapat melihat wajah kita semasa mengajar. Barulah dia boleh tahu,'Oh.. ini rupanya cikgu Bahasa Inggeris aku di sekolah. Oh.. ni riak wajah kalau dia tengah bersungguh-sungguh mengajar. Laa.. macam ni ke kalau dia tengah ulang benda sama yang dia ajar.'
Canva.Com yang aku tengah discover sekarang. |
Aku sebagai guru, aku nak anak murid kenal aku, tahu muka aku. So, aku sendiri terpanggil untuk buat soalan dalam google form, buat video, upload ke YouTube. Ada juga yang guna medium Tik Tok. Tak cukup dengan tu, belajar pula cara guna PowerPoint dan Canva. Bila tak puas hati dengan kualiti, belajar lagi cara nak dapatkan lighting yang bagus, suara yang jelas, nak kasi pdpr dan video jadi lagi menarik.
Dengan harapan, semoga pelajar sudi 'hadir' masa buat google meet. Semoga pelajar sudi view video. Semoga pelajar sanggup tengok presentation slides. Makanya, selain menjadi jurulatih sukan, doktor, kamus bergerak, cikgu kini melangkah lebih jauh sebagai CONTENT CREATOR pula!
3. Frontliner Perang Dengan Netizen Yang Mengecilkan Hati
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah antara perkara yang sangat terkesan apabila semua orang, terutamanya guru dan murid terpaksa stay at home. Aku faham sangat, andai katalah sesebuah wabak mula timbul di sekolah, which sangat ramai warganya berkumpul, memang susah nak handle. Jadi, kita terpaksa berkorban untuk menutup sekolah.
Makanya, cikgu cikgi juga perlu menguatkan diri sendiri, menabahkan hati, mencekalkan jiwa kerana di masa begini, timbullah mereka yang menambah garam pada luka, yang tak habis-habis mengeji, mencela, mengutuk cikgu. Yelah, Malaysia kan mengamalkan kebebasan bersuara. Bila mulut tak boleh guna, jari jemari pun mula bekerja. Keyboard dengan keypad kan ada depan mata.
Korang rasa macam mana perasaan kami bila baca ni? |
'Potong gaji cikgu!'
'Hantar cikgu tolong frontliners di hospital!'
'Cikgu tak mengajar!'
'Tahu share link je, aku pun boleh!'
'Cikgu makan jadi buta!'
'Cikgu makan gaji haram!'
Eh, itu baru sikit, baru kejian tahap 1. Banyak lagi yang tahap-tahap lebih tinggi ditulis jari-jemari mereka yang tidak memahami. Nasib baik dah ada yang menerangkan, gaji kami halal, sebab kami bukan mencuri. Tapi, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. Bila perkataan 'cikgu' or 'guru' digunakan, cikgu cikgi yang bertungkus lumus ni pun termasuk sekali tau. You ingat, kitorang nak ke semua benda ni jadi?
4. Menghadapi Kesukaran Yang Sangat Berat Untuk BDR
🙏Cikgu bukan cuti. Cikgu bekerja dari rumah. Bekerja pula dengan clients aka students yang masih kecil, masih muda, terutama yang sekolah rendah. Sedangkan bila di rumah, cikgu juga mempunyai anak-anak sebab tak hantar ke pengasuh dan mereka pun tak pergi sekolah. Makan minum kena sedia, dah tak boleh beli di kantin macam biasa. Nak keluar, dah kurang boleh. Tetapi, cikgu masih kena ambil peduli kebajikan murid kerana anak orang lain itu sudah kami anggap seperti anak sendiri.
Pagi-pagi dah cari mak. Dah jumpa, tidur balik. Imagine bila dorang bangun, mak bekerja. |
🙏Cikgu kena isi macam-macam borang walaupun sudah menyelesaikan RPH untuk membuktikan yang cikgu sedang bekerja di rumah. Dan aku rasa, semua ni lebih kepada nak jaga hati netizen yang bitter (yang tak bitter janganlah terasa, please..) sebab selama ini RPH sudah cukup sebagai bukti kami bekerja. Kena clock in, clock out. Kena isi borang harian. Kena prepare slide presentation. Untuk sekolah lain, untuk ppd lain pulak. Kerja bukan berkurang, malah bertambah.
🙏Di rumah, cikgu bayar sendiri bil elektrik dan data internet yang meningkat apabila kami terpaksa berada di rumah sepanjang masa tetapi masih perlu berhubung dengan para murid. Habis je, topup sendiri. Kalau tak, tak boleh berGoogle Meet dengan murid. Bila line tak kuat, menapak pula ke tempat yang dapat signal.
🙏Tugas cikgu memang mengajar budak-budak, tetapi bila semua benda kena buat secara online, cikgu terpaksa menjadi cikgu kepada ibubapa juga, untuk membolehkan anak-anak mendapat akses kepada segala bahan online. Aku tak nafikan, aku memang rasa anxiety, awkward, tak selesa bila mak ayah ada di sebelah anak semasa online meeting. Asyik dengar suara mereka. Takut kena judge, kena komen dengan parents lagi. Yang paling sedih, dapatan ilmu murid susah untuk dipastikan.
🙏Kami juga faham, ada murid yang tak dapat akses kepada pembelajaran online. Signal mungkin lemah. Wifi mungkin tak de. Data mungkin tak mampu ditopup . Mungkin juga tak cukup peranti sebab adik beradik ramai. Peranti mak ayah dibawa pergi kerja. So, masih lagi kena fikir cara untuk dorang dapatkan bahan bercetak juga supaya mereka tidak ketinggalan.
Itu yang kami buat textbook and activity books drive thru hari tu. Berkampung di sekolah 3 hari membungkus. Semua pelajar, tanpa ketinggalan seorang pun, perlu tahu, mereka tak dilupakan.
🙏Cikgu terpaksa membeli peralatan sendiri untuk membolehkan pdpr berjalan dengan lancar dan optimum seperti microphone, lighting, papan putih, laptop, handphone, dan sebagainya. Sedihnya rasa bila ramai yang tak boleh join, yang tak faham sepenuhnya, dan paling sedih tak boleh nak berdiri tepi meja, bulatkan mata, dan ulang-ulang sampai murid tu faham.
Jomlah Kita Bersatu Hati, Saling Memahami, Berhenti Mengeji Sesama Sendiri
Di IPG, di uni, cikgu belajar untuk mengajar pelajar yang ada di depan mata. Macam mana nak buat lawak, suruh bersalaman kalau pelajar bergaduh, minta ulang sebutan untuk lebih ingat, yadaa yadaa.. Sekarang, kami terpaksa mengajar pelajar daripada jarak berkilometer. And still, kami terima sebab kami tahu betapa pentingnya pembelajaran kepada generasi muda.
BAGILAH KAMI RUANG DAN PELUANG UNTUK SESUAIKAN DIRI
Hopefully, one day, aku tak perlu dah buat semua ni apabila sekolah boleh dibuka semula, boleh mengajar anak-anak murid dalam kelas, masukkan unsur kecindan supaya semua boleh gelak bila buat benda-benda lawak, boleh marah dorang depan-depan. Oh, tak sangka benda macam ni pun aku akan rindu.
Apa-apa pun, aku juga tengok, ramai yang sudi memahami, sudi mempertahankan kami. Aku nak berterima kasih sangat-sangat. Semoga ibubapa dan guru mampu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai di masa-masa sebegini. Mereka masa depan kita. Insya Allah, kita boleh. Saya tolong awak, awak tolong saya.
Bak kata pepatah, We're All In This Together!
ps- Komen mengata-ngata berlebihan aku delete. Aku peduli apa. Wassalaam.
Comments
Post a Comment