Barang-barang Keperluan Asas Bayi Yang Perlu Disediakan Sebelum Bersalin

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lamanya la entri ni terperam dalam draft. Before Nazhan lahir lagi. Disebabkan adik aku Sumayah, Faizah dan Huda dah selamat bersalin, ini adalah masa yang tepat untuk aku pindahkan blogpost ini ke bahagian Published pula.

Expectation boleh tinggi. Tapi, jangan terlebih tinggi. :)


Oh.. awak duk tengah mengira hari nak masuk labour room untuk bersalin ek? Haa, sesuai sangat awak lepak di blogpost saya yang ini. Enjoy! :D

Jomlah Kita Shopping Barang Bayi Yang Bakal Lahir Ni, Abang...


1. Baju 10 helai bersaiz new born (NB). 


10 helai baju bersaiz newborn sudah mencukupi untuk anak baru sebab bayi baru lahir sangat cepat membesar. Kalau dia ada abang or kakak, jangan ragu-ragu untuk guna semula baju lama mereka asalkan nampak elok lagi. Baby baru juga mungkin dapat banyak hadiah baju. So, tak perlu beli banyak sangat. 

Anak pertama dulu, gantung bayi pun kita snapped gambar. Wakakaka. :P

Save duit untuk buat majlis bercukur, majlis akikah, bayaran berkhatan, insurans, sspn, tabung haji dan sebagainya. Ehem... Baru tahu lagi tu bayar duit nak kena sisihkan bila seorang anak keluar daripada perut seorang ibu. Jangan risau sebab anak lahir bersama rezeki untuk dirinya sendiri dan ibu bapanya. Percayalah. :D

2. Pampers untuk newborn 5 bungkus. 

Tak sangka model pampers ni dah nak masuk 4 tahun. T_T

Pampers bersaiz newborn biasanya sudah agak besar untuk bayi baru lahir. Bayi baru lahir yang menyusu badan sepenuhnya biasanya kurang membuang sebab kandungan breastmilk memang optimum untuk keperluan mereka. So, saiz newborn, boleh guna sampai umur bayi 3 hingga 4 bulan. Then, bolehlah bertukar ke saiz S pula.

3. Set alat penjagaan kesihatan dan kebersihan bayi

Bayangkan je. Dia bangun, mesti nak mandi. Jadi, kena ada body and hair shampoos. Then, kena ada tuala. Kat bawah pusat, letak minyak bayi macam Yuyi untuk bayi rasa selesa panas-panas sedap dan elakkan perut kembung. Sebelum pakaikan pampers, sapukan bottom butter untuk elakkan ruam bahagian bontot. Untuk badan, apply baby lotion macam Cetaphil. 

Semua ni bukan barang keperluan bayi, tapi saya sayang sangat bayi dalam gambar ni. :D


Aku tak galakkan guna bedak sebab ia boleh menyebabkan asma bila selalu masuk hidung. Lepas tu, bolehlah sikat rambut. Kalau hari Jumaat, boleh potong kuku dengan pengetip kuku.

4. Baby safety seat 

Selain mengelakkan saman, baby safety seat sangat penting untuk keselamatan bayi semasa berada di dalam kereta yang bergerak. Apa apa pun, cara penggunaan mesti betul. Barulah berbaloi. 

Terlalu. Manja.

Kalau sekadar letak sahaja, faedahnya TIADA ye.

5. Breastpump

Yang ni mungkin akan menjadi kontroversi. Bagi akulah, kalau aku memang berazam untuk breastfeed anak, aku akan elakkan membeli breastpump dulu sebab aku tahu aku akan cuti selama 3 bulan. Aku akan cuba direct feed anak aku semampu boleh. After that, barulah aku akan tahu situasi yang aku akan hadapi dengan anak. 

Nak breastpump? Kena pastikan ada stesen tetap dalam rumah yang siap dengan plug ye.

  • Sama ada aku selesa ke tidak dengan direct feeding sahaja. In case nipple terlalu sakit, or aku rasa terlalu tertekan. Kalau perlu, barulah aku beli breastpump, mulakan aktiviti mengepam dan mulakan hidup aku sebagai EP Mom sekali lagi. Bolehlah ayahnya bonding dengan anak semasa bagi susu dalam botol. 
  • Sama ada aku selesa tak dengan direct feeding dan bottle feeding susu badan sahaja. Yelah, aku seorang ibu bekerja. Kena tengok ada tempat tak untuk mengepam. Selesa ke tak. Kena dengan masa tak. Kalau masih tak selesa, aku akan cari formula milk yang terbaik untuk anak aku.
Cuma,

Peringatan Untuk Ibu-ibu Yang Mencari Breastpump


  1. Breastpump memerlukan kos yang tinggi, tambah-tambah kalau jenama besar. Bila dah beli, satu part rosak, kena terus beli untuk ganti. Kalau hilang satu part, kemungkinan besar, pam memang tak boleh diguna langsung. Kena pandai menyimpan dari awal kehamilan.
  2. Breastpump punya susu tak sama dengan susu direct feeding. Susu direct feeding mempunyai lebih nutrisi sebab air liur anak sebenarnya menghantar informasi ke otak tentang keperluan nutrisi anak terutama masa sakit sama ada demam ke, selesema ke.
  3. Breastpump memerlukan usaha keras, isiplin, air mata dan darah dari saat mengepam, menyimpan dan membersihkan peralatan termasuk botol susu. Tambah-tambah kalau tiada yang meneman dan menolong. Pergghh, sila berdoa sungguh-sungguh untuk diberikan kekuatan.
  4. Breastpump selalu memberi ilusi yang susu badan sikit sebab kita boleh tengok kandungan susu dalam botol. Bila nampak macam sikit, kita rasa stress walaupun amaun itu sudah cukup untuk kepeluan bayi kita. Kita manusia. We always WANT MORE.
  5. Breastpump mencetuskan pertandingan yang menyebabkan tekanan. Bila nampak EBM bersusun dalam gambar peti rumah orang lain, kita rasa kalah sebab tak mampu hasilkan susu sebanyak itu. Walhal, anak kita sebenarnya mampu tidur kekenyangan dengan susu badan yang kita berikan.

Ibu ibu semua, aku yakin semua nak berikan yang terbaik untuk anak. Tapi, dalam proses itu, kita juga kena fikirkan cara macam mana untuk berikan yang terbaik untuk anak dan pada masa yang sama cara itu terbaik untuk kita juga. Bila kita mampu buat terbaik untuk diri sendiri, barulah boleh buat yang terbaik untuk anak-anak. 

Buatlah sebaik boleh dalam tahap kemampuan jasmani, emosi dan rohani kita. Sesiapa pun boleh alami postpartum depression or whatever sakit. Each delivery, can be different from one another.  

Just a friendly reminder,

Bayi Anda Beruntung Sangat Dapat Ibu Macam Anda!


Akhir kata, semua ni hanya cadangan ye ibu bapa sekalian alam.. Kalau ikutkan, banyak lagi keperluan anak baru lahir ni. Yelah, baru nak merasa hidup di dunia. Dalam perut, baju pun tak pakai. Take it one step at a time. As we go along the journey, kita akan tahu satu persatu apa yang kita dan anak perlukan. Mungkin tak sama dengan apa yang orang lain perlukan. Antara benda lain yang famous kalau bab bayi biasanya katil bayi, stroller, high chair, kapas, sanitizer, tisu basah, yadaa yadaa..

Untuk elakkan pembaziran, beli yang 5 ketul ni dulu. Then, benda-benda lain boleh beli lepas empunya badan dah selamat landing kat rumah mak ayah masing-masing. 

Tu jelah bebelan pada kali ini. Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus