Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun ini, satu lagi perkara baru berlaku dalam hidup aku sebagai seorang ibu dan anak-anak iaitu, masa untuk anak-anak masuk sekolah. Nazhan masuk tadika. Nazeem masuk taska. Masuk sekolah dengan hantar ke rumah pengasuh sangat berbeza bagi aku.


Rumah pengasuh, dekat sangat. Selang 2 bulan rumah sahaja. Sehala pula untuk ke sekolah. Sekolah dorang pula agak jauh. Kena pusing-pusing nak ke tempat kerja. Nasib baik taska dengan tadikanya sebelah-sebelah sahaja. Dipisahkan dengan pagar je. Tuan punya pun orang yang sama.

Rumah pengasuh, hantar anak tak mandi pun tak pe. Nak ke sekolah, cikgu dah pesan awal-awal, kena mandikan. Penting untuk kebersihan dan bonding time. Sedangkan aku ni, kena clock in pula 7.20 pagi. Jarak pula makin jauh. Anak menangis kena paksa bangun dan mandi. T_T


Rumah pengasuh, tiada bayaran awal. Untuk masuk sekolah, bayarannya lebih kurang RM2000 untuk 2 orang. Di sekolah, kena bayar untuk segala kelengkapan pembelajaran, kebersihan, keselamatan, sewa 2 buah rumah, cukai, upah pekerja.

Rumah pengasuh, tiada uniform. Tadika Nazhan, warna kuning. Taska Nazeem, warna merah. Untuk senangkan kerja, aku beli 3 helai seorang. Tapi, rasa macam nak kena tambah lagi 2. Biar cukup untuk 5 hari seminggu. Korang rasa membazir tak?


Pengasuh, nak kena banyak jaga hati satu sama lain. Sebab kita tend tu rasa dia macam kawan. Boleh borak-borak sebelum ambil anak bawa balik rumah. Bila nak ambil lewat, rasa serba salah. Takut menyusahkan. Tadika, strictly business. Hantar lewat, tak de masalah. Bayar je.

Rumah pengasuh, tiada pembelajaran formal. Tadika, ada pelbagai aktiviti. Suka sangat aku tengok Nazhan pegang kanta pembesar tengok semut, hias kek, sambut birthday. Budak taska pun ada aktiviti dia. Ada juga time cikgu bawa pergi menginap di resort. Tapi, Nazhan tak join masa tu.



Mempersiapkan Diri Dan Anak-anak Untuk Ke Sekolah Taska atau Tadika


Memilih Sekolah Yang Sesuai


Sila rajinkan diri untuk tanya ibu bapa yang lain untuk lebih informasi tentang sekolah yang bakal dipilih. Paling senang, periksa Facebook Page sekolah. Baca komen ibu bapa. Baca review. Survey sendiri kedudukan sekolah, jarak, dan tempoh masa dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke tempat kerja. 


Antara kriteria lain pula, cikgu yang baik dan mesra. Tempatnya sehala dengan tempat kerja. Dibuka lebih awal daripada waktu masuk bekerja. Yuran bulanan yang mampu dibayar. Kalau lebih daripada seorang anak, pilih untuk letak mereka di satu tempat sahaja.

Beg sekolah


Belilah yang sepadan dengan sekolah budak kecil. Tak perlu mahal-mahal. Tak perlu ada pertandingan anak-anak. Biasanya, dorang dah ada loker masing-masing untuk simpan buku untuk mengelakkan beG berat untuk usia mereka. 


Keperluan harian pula, ditinggalkan di sekolah juga seperti susu, sabun, botol susu, pampers. Beg ini lebih kepada untuk membawa balik baju kotor untuk dibasuh di rumah dan buku kalau ada kerja sekolah.

Peralatan sekolah


Macam biasalah. Kelengkapan sekolah anak-anak termasuklah pensel, pemadam, pengasah pensel, botol air. Buku biasanya disediakan oleh pihak sekolah untuk senang mereka selaraskan untuk semua pelajar. Tunjukkan anak-anak barang-barang baru mereka supaya mereka lebih teruja dan tidak sabar untuk ke sekolah.


Ingatkan anak


Seminggu sebelum masuk sekolah, ibu bapa boleh mula bercakap mengenai sekolah dengan anak-anak. Pukul berapa mereka kena bangun, apa yang mereka akan lakukan di sekolah, bagaimana kelakuan mereka yang sepatutnya di sana dan harapan kita sebagai ibu bapa. Ini untuk mengelakkan anak-anak terkejut dengan rutin dan persekitaran baru yang mereka akan alami.

Labelkan semua barang anak


Ini sangat penting. Waima puting pun, letak nama supaya tidak tertukar dengan kanak-kanak lain. Kalau terhilang atau tertukar, elakkan memarahi pihak sekolah kerana aku pasti dorang sudah berusaha sebaiknya untuk menjaga anak-anak kita. 


Letakkan kepercayaan kepada pihak sekolah, walaupun tidak 100%. Ini juga untuk mengelakkan anak kita jadi tempat mereka melepaskan rasa geram. Nauzubillahi minzaalik.

Pengurusan masa


Ibu bapa kena pandai menguruskan masa dari bangun tidur sehinggalah waktu tidur. Bahagikan tugas, siapa yang nak mandikan anak, siapa pula nak pakaikan baju. Siapa yang siapkan beg, siapa yang hantarkan. Perkara yang boleh diselesaikan pada waktu malam, dibuat sebelum tidur seperti menggosok baju dan mengemas beg semua orang. Esoknya, set masa untuk uruskan diri sendiri dan anak-anak pula. 


Kalau boleh, setkan masa supaya ada 15 minit baki untuk persediaan hal yang mengejut seperti anak terkencing terberak, mak sakit perut, ayah tertinggal kunci kereta. Semua ni nampak kecil, tapi amat mengambil masa terutamanya yang kena bergerak awal seperti kerja aku sebagai cikgu sesi pagi.


Go with the flow


Kita boleh membuat segala perancangan, tapi Allah juga yang menentukan. Jangan terlalu risau, semuanya akan mampu kita lalui dengan baik. Bila dah lalui, kita juga akan tahu keperluan lain yang tak termasuk dalam senarai ini. Kita sediakan sedikit demi sedikit. Orang putih cakap, go with the flow. Alah bisa tegal biasa. Lama-lama kita dan anak-anak akan biasa dengan rutin harian ni.

Wassalaam.


Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus