Aktiviti Seronok Bersama Anak Di Rumah Ketika Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) 3.0
Aktiviti Seronok Bersama Anak Di Rumah Ketika Perintak Kawalan Pengerakan (PKP) 3.0 l Memandangkan kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) buat kali ketiga, jadi masa yang terluang yang ada ketika bersama anak-anak dirumah haruslah dimanafaatkan dengan sebaiknya. Berbanding dengan orang dewasa yang diberi kelonggaran untuk keluar rumah atas faktor kerja dan membeli barang keperluan harian, kanak-kanak pulak mempunyai pengerakan terhad di mana mereka perlu berada di rumah 24 jam sehari bagi mengelak terdedah kepada bahaya Covid 19. Memang stress! Saya sendiri tak menghantar anak-anak ke taska yang berdekatan bimbang risiko jangkitan walaupun bayaran telah dibuat untuk bulan tersebut. Tak kisah pasal duit tu, yang penting anak-anak selamat di rumah. Cuak tengok dengan bilangan kes yang meningkat setiap hari. Biarlah diorang berada dalam jagaan kita ketika tempoh lockdown dilaksanakan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, janganlah kita biarkan anak-anak hidup dalam ke...