Aktiviti Seronok Bersama Anak Di Rumah Ketika Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) 3.0
Aktiviti Seronok Bersama Anak Di Rumah Ketika Perintak Kawalan Pengerakan (PKP) 3.0 l Memandangkan kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) buat kali ketiga, jadi masa yang terluang yang ada ketika bersama anak-anak dirumah haruslah dimanafaatkan dengan sebaiknya. Berbanding dengan orang dewasa yang diberi kelonggaran untuk keluar rumah atas faktor kerja dan membeli barang keperluan harian, kanak-kanak pulak mempunyai pengerakan terhad di mana mereka perlu berada di rumah 24 jam sehari bagi mengelak terdedah kepada bahaya Covid 19. Memang stress!
Saya sendiri tak menghantar anak-anak ke taska yang berdekatan bimbang risiko jangkitan walaupun bayaran telah dibuat untuk bulan tersebut. Tak kisah pasal duit tu, yang penting anak-anak selamat di rumah. Cuak tengok dengan bilangan kes yang meningkat setiap hari. Biarlah diorang berada dalam jagaan kita ketika tempoh lockdown dilaksanakan.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, janganlah kita biarkan anak-anak hidup dalam kebosanan, terperap dalam rumah tanpa aktiviti sepanjang tempoh PKP ini. Asyik mengadap tv dari pagi sampai malam pun tak bagus jugak untuk perkembangan otak dan fizikal diorang.
Macam saya sendiri, saya cuba sedaya yang termampu untuk seimbangkan antara aktiviti akademik dengan aktitivi yang menyeronokkan untuk dibuat bersama dengan anak-anak nanti supaya masa mereka dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Aktiviti Kami Bersama Anak-Anak Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) 3.0
Sebenarnya banyak aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan yang ibu bapa boleh buat sepanjang tempoh 14 hari berada di rumah. Daripada membiarkan anak-anak terperap dalam rumah, apa kata kita gunakan waktu tersebut dengan mencipta perkara yang berfaedah untuk dilakukan bersama. Aktiviti-aktiviti yang saya cadangkan ini boleh dilakukan di dalam rumah dan juga di luar kawasan rumah. Ingat, perkarangan rumah sahaja ye!
Antara aktiviti-aktiviti yang saya dan suami praktikkan untuk mengisi masa lapang anak-anak seperti :
#1. Sediakan ruang untuk anak-anak conteng sepuas-puasnya. Untuk elakkan dinding jadi mangsa contengan, saya beli Mini Chalkboard & Whiteboard yang frame double sided. Yang ni saya beli di kedai DIY, harga dalam RM45, khas untuk diorang menulis ABC, melukis gambar atau menzahirkan apa-apa je perasaan mereka dengan marker pen. Bagi diorang conteng puas-puas kat situ.
#2. Jika korang ada anak kecil macam saya yang berumur 3 atau 4 tahun, inilah peluang melatih anak guna tandas untuk membuang air besar dan kecil. Alhamdulillah, anak saya yang sulung dah berjaya dilatih setiap kali nak membuang. Mungkin kali pertama susah sedikit tapi cuba gunakan masa 2 minggu ini untuk latih diorang supaya membuang dalam tandas. Lampin hanya dipakai pada waktu malam sahaja (jika perlu).
#3. Beli permainan yang anak suka. Anak saya ni dia obses dengan dinosaur dan permainan jenis kereta dan lori. Dia punya knowledge tentang dinosaur tu sampai hampir kenal semua jenis nama dinosaur seperti Tyranasaurus Rex, Triceratops, Brachiosaurus dan banyak lagi la. Dalam bakul, penuh dengan koleksi dinosaur serta kenderaan yang dia minat. Setiap kali pergi DIY, itulah yang dimintanya. Selain daripada tu, kalau korang tengok dalam gambar tu dalam kotak warna merah biru yang mengandungi set Lego yang dibeli dari Grolier.
#4. Terap budaya solat berjemaah. Setiap kali waktu maghrib, anak saya yang sulung berumur 4 tahun akan dipanggil untuk solat magrib berjemaah. Lepas mandi, kami bentangkan sejadah untuk solat bersama. Walaupun telah diajar di taska, tapi untuk praktikal, mak dan ayah adalah guru yang terbaik. Anak saya akan ikut bacaan dan pengerakan dalam solat sampai solat tu habis. Dah selesai solat, doakan semoga Covid 19 cepat-cepat hilang dari dunia ni untuk kita hidup seperti biasa.
#5. Bersihkan halaman rumah. Setiap pagi atau petang, saya akan ajak anak-anak untuk bermain di halaman rumah sambil-sambil tanam pokok atau cabut rumput. Janganlah biarkan diorang terperap dalam rumah je dengan gadget, keluar rumah sekejap untuk sedut udara luar. Kadang-kadang ada kucing jiran datang melepak kat tepi pokok. Memang excited la anak saya ni dapat pegang dan main dengan kucing.
#6. Kemas rumah selepas penat bermain. Selepas dah puas bermain, biasanya saya ajar anak terutamanya yang sulung untuk kemas semula dan letak permainan di tempat asal. Jangan biarkan barang-barang yang dimainkan tu bersepah merata-rata. Motifnya kat sini kita nak semai budaya disiplin, dimana tanggungjawab dia untuk kemas balik barang permainan tu. Kalau anak dah besar, tanamkan rasa tanggungjawab diorang untuk kemaskan bilik tidur, sapu lantai, bersihkan tandas, lipat baju dan sebagainya dalam tempoh PKP ini.
#7. Aktivit mewarna. Luangkan masa dengan anak-anak dengan dengan aktiviti mewarna kerana banyak kebaikan yang diperolehi seperti meningkatkan daya tumpuan, membentuk kordinasi tangan-mata, merangsang kemahiran jari-tangan dan seterusnya mengeratkan hubungan. Kalau anak dah besar, beri tumpuan pada kerja sekolah atau modul yang telah disediakan oleh guru kepada anak dan bantu mereka dalam memahami tugasan yang diberikan.
#8. Ajak anak basuh kereta bersama setiap hujung minggu. Bagi saya, bila kereta dah nampak kotor, biasanya akan panggil anak sekali untuk tolong cuci kereta tu. Bukan nak sangat cuci kereta tu, tapi lebih kepada nak family bonding. Sebenarnya main air ni bagus tau untuk rangsang good emotion dan self esteem anak.
Aktiviti Diselang Seli Dengan Permainan Atas Talian (Online Games)
Selain dari aktiviti-aktiviti yang disebut diatas, permainan atas talian (online games) juga boleh dijadikan sebagai salah satu indoor activity dengan anak-anak untuk mereka menghilangkan rasa bosan dan jemu berada di rumah. Antara kebaikan online games seperti :
- menghilangkan tekanan dengan permainan yang menyeronokkan.
- merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.
- merangsang daya fikir dan perkembangan (bergantung pada jenis games)
Tapi disebalik kebaikan, ada juga keburukannya. Cuma pemantauan daripada mak ayah itu perlu supaya anak-anak tidak lalai dengan online games yang dimainkan tu. Pemilihan jenis online games juga perlu diteliti untuk pastikan permainan yang dimainkan tu tidak ada unsur-unsur negatif seperti keganasan, pornografi, judi dan sebagainya.
Sebagai contoh, anak saya yang berumur 4 tahun, saya hanya benarkan untuk dia bermain permainan online yang berbentuk pendidikan dan kekeluargaan sahaja seperti Colour & Shape Art Game, Dot to Dot Animals Drawing Game dan beberapa online games yang lain. Ada yang kami install dalam handphone dan ada jugak yang dimainkan secara atas talian seperti Plays.Org.
Ajak Anak Bermain Games Percuma Di Website Plays.Org
Untuk pengetahuan korang, Plays.Org ini adalah website yang menawarkan lebih 150 permainan video atas talian secara percuma (Free Online Video Games). Sesuai untuk dimainkan oleh semua golongan pada bila-bila masa sahaja. Yang penting, tiada caj yang dikenakan setiap kali anak-anak kita nak main. Setiap hari ada je game yang baru dan terkini akan dimasukkan ke dalam website ini. Macam menarik kan!
Berbanding dengan games yang lain, permainan di Plays.Org ini menjimatkan ruang hard disk di laptop/komputer dan jimat space di smartphone kerana ianya boleh dimainkan secara terus tanpa perlu download. Tak perlu daftar nama dan email atau masukkan maklumat pasal diri korang. Buka je browser dan boleh terus main.
Di bawah adalah contoh-contoh senarai permainan atas talian (online games) yang ada di website Plays.Org. Kalau korang scroll ke bawah, ada senarai kategori bagi setiap games yang telah disediakan.
Part yang paling best bila main online games di Plays.Org ni korang tak perlu risau dengan gangguan iklan sebab tidak ada iklan pop up ads akan keluar. Biasanya kalau main free games yang lain sama ada di smartphone atau laptop, terlalu banyak sangat iklan yang keluar sampai ganggu konsentrasi. Berbeza dengan online games di website ini, rasa smooth je permainan tanpa iklan yang annoying.
Antara Online Games Di Website Plays.org Yang Anak Suka
Bagi anak saya, game yang dia paling excited untuk main ialah game jenis shape. Kalau dalam buku latihan, biasanya ada pelbagai jenis shape yang disediakan untuk kanak-kanak mewarna seperti circle, square, star, heart dan banyak lagi la. Sebab dia dah bosan nak mewarna guna pensel warna, jadi cuba search dalam katalog website ni dan terjumpa satu game iaitu Play Cute Shapes.
First time dapat kemain excited dia..siap menjerit cakap Along nak main..
Yeayyy...dah siap..dah boleh simpan kerja Along katanya..
Play Cute Shapes ini sejenis permainan yang simple tetapi bentuk permainannya yang menarik. Secara tak langsung, ianya membantu untuk belajar bentuk dan warna dalam permainan. Bila dah siap, hasil kerja tersebut boleh disimpan dalam bentuk JPEG.
Kadang-kadang sekali dengan saya terjebak untuk main game dalam website ni. Dulu masa pergi fun fair, selalu jugak main game shooting. Tapi musim PKP ni, banyak tempat yang ditutup. Ternampak pulak game shooting , so boleh la lepas geram dengan game ni. Yang penting, nak dapat markah tinggi untuk game shooting ni, mata dan tangan yang klik mouse tu kena cepat. Fuhh..dapat main game ni dapatlah hilang stress dengan keadaan semasa ni.
Pilihan Permainan Yang Ada di Website Plays.Org
Terdapat banyak pilihan untuk kategori games yang korang boleh main secara percuma di website Plays.Org ini , hanya pilih jenis games pada bahagian katalog yang disediakan di dalam website ini seperti gambar di bawah. Bila dah masuk website ni, korang kena scroll down untuk tengok katalog bagi setiap games.
Games yang menjadi pilihan ramai biasanya akan terpapar di homepage seperti mini golf, the sorcerer, hero rescue dan footstar. Pilihan game lain seperti arcade classic - neon invaders, brick out, pack rat dan tetris ramai yang main. Base defense dan simulation games pun ada. Memang banyak games yang korang boleh main..memang tak terkira!
Duduk Di Rumah, Luang Masa Bersama Dengan Anak Dengan Aktiviti Berfaedah
Terpulanglah pada korang sebagai ibu bapa untuk kurangkan bosan anak berada di rumah ketika musim PKP ini. Boleh lakukan apa sahaja aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka asalkan ianya tidak melibatkan aktiviti luar. Kes semakin meningkat setiap hari dan elakkan anak-anak terdedah kepada bahaya.
Yang berminat dengan permainan atas talian (online games), boleh singgah ke website Plays.Org untuk bermain dengan pelbagai games menarik yang disediakan tanpa perlu download, tak perlu daftar dan tak perlu bayar apapun. Just enjoy the games with your beloved family.
Have fun, stay home and stay safe.
Comments
Post a Comment