Tip Rumah Kemas Lepas Dapat 2 Orang Anak Lelaki
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. The other day, aku ada buat QnA kat Instagram untuk idea update blog. Ada yang suggest tulis tip kemas rumah lepas dapat anak lelaki 2 orang. Honestly and sincerely, aku kena berterima kasih banyak kepada suamiku, yang mampu menyelamatkan rumah kami daripada menjadi kapal karam selepas hadirnya aku sebagai isteri dan 2 orang anak lelaki kami. Guys, selama aku belum kahwin, aku hidup dalam keadaan bersepah bagai kapal karam guys. Kesian roommate aku Si Ain.
Tip yang aku bakal kongsikan ni pun hasil daripada pemerhatian aku terhadap Nik yang mencorakkan aku, Nazhan dan Nazeem untuk berkemas, walaupun sampai sekarang macam masih tak capai standard dia. 👀 Yup, macam mana dia mampu mengekalkan kewarasan dalam rumah kami.
Cara Didik Mengekalkan Rumah Yang Kemas dengan Anak Kecil
No, no such thing as perfect, but LIVEABLE. Penghuninya masih mampu bernafas, kira okay la rumah aku ni. 😝
1. Target Yang Realistik
Ini antara yang paling penting sebelum nak mula mendidik anak-anak berkemas. Kita hendak didik tanpa mencederakan hati anak-anak. Yang ni, aku mengaku, aku pun banyak kali tersasar. Tapi, bila sedar je, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan. Anak-anak kita kecil lagi. Kemahiran berbahasa, kemahiran motor halus, masih rendah. Body language pun belum mahir. Mentang-mentang nak rumah kemas, budak 2 tahun, sink pun tak sampai lagi, disuruh basuh pinggan.
Elakkan meletakkan expectation yang terlalu tinggi. Didiklah satu persatu. Bukan sekali gus. Letakkan target yang realistik, mampu dicapai, sesuai dengan usia anak. Arahan pula kenalah tetap, jangan asyik berubah-ubah. Anak pun pening. Bersedia untuk beritahu anak secara berulang-ulang sebab kita Tak Mungkin akan berjaya pada cubaan pertama. Anak mungkin buat, tapi kurang sempurna. Anak mungkin akan ulang perkara yang dilarang. Anak mungkin akan lupa. Anak mungkin tidak sengaja. Terima.
2. Bagi Masa dan Peluang Lebih
Perkembangan memerlukan masa. Perubahan memerlukan peluang. Bukan sekali, malah berkali-kali. Bukan budak sahaja, orang dewasa pun sama. Semua perlukan tempoh untuk memulakan rutin atau tabiat yang baru. Orang dewasa pun perlukan masa yang lama, anak kecil lagilah sebab dia sendiri entah faham entah tidak perkataan yang kita guna. Dah cukup baik dia cuba nak ikut sebab hormat dan sayangkan orang tua. Dibuatnya dia sengaja buat the exact opposite, tak ke lagi sakit hati?
Mungkin kita nampak dia dah pandai bercakap. Rupa-rupanya, benda kita sebut hari tu, perkataan baru. Mungkin juga dia tak pandai nak cakap,'Ibu, Along tak faham.' Kita pula ingatkan dia faham. Bila dia buat tak macam yang disuruh, kita bentak-bentak, marah-marah. Selalu lupa yang kita kena sabar. Mungkin dia dah cuba sebaik mungkin untuk ingat pesanan kita, tapi dia terlupa. Allah pun maafkan hambaNya tak lupa atau tak sengaja. Siapa kita? Allahu, kalau teringat apa aku buat sebagai Umi kepada Nazhan dan cikgu kepada murid-murid aku, rasa bersalah yakmat!
3. Bagi Contoh Dulu
Budak kecil ni, dia kurang mahir berkomunikasi verbal. Perkataan pun masih terhad. Jadi, cara pertama yang paling utama mereka belajar adalah melalui proses meniru. Dia akan tiru perbuatan orang paling rapat dengan dia. Siapa? Kitalah. Mak ayah dia. Kalau ada abang or kakak, dia akan tiru juga. Kalau kita nak rumah kemas, kita kena tunjuk depan anak-anak, cara berkemas. Jangan pula kita yang buat rumah tunggang langgang, anak pula yang kita jadikan robot tukang kemas.
Contohnya, bila Nazhan tengok Nik selalu kemas bilik kerja dia, Nazhan ikut. Bila dia selalu tengok aku menyapu, dia pun nak menyapu. Jangan takut bagi dia menyapu sekejap. Bagi puas hati dia. Jangan expect lantai licin pula. Kalau ada air tumpah, terus bagi kain lap kat dia. Kita lap, dia pun lap sama. Barulah belajar sambil mengaplikasi. Anak kena tahu, sebab kena kemas rumah, rumah dorang tak de orang gaji. Mak ayah dorang pula, bukan hamba. Semua orang kena bekerjasama.
4. Tunjukkan Yang Kita Ketua
Bila aku sebut kita, aku maksudkan Nik. Dia mampu tunjukkan dia ketua keluarga. Sebagai ketua, kami kena ikut dia selagi benda itu memberi kebaikan. Faham konsep itu? Bukan ikut membuta tuli ya. Dalam banyak-banyak benda yang Nik paling berani untuk bersuara, bab kekemasan rumah adalah yang paling dia berani. Kalau jenis malu, takut, payah. Sebab kita sekarang nak didik benda yang ramai orang kurang gemar. Senang cerita, anak-anak payah nak suka.
Bayangkanlah betapa susahnya kami nak deal with each other bab rumah ni memula duduk serumah. Aku paling tak kemas. Dia paling kemas. But, time heals. Cliche as it sounds, it is true. Memula memang payah, tapi lama-lama, standard dia turun sikit, standard aku naik sikit. Balanced. Dengan anak pun sama. Bila nampak mainan bergelimpang, suara dia bergegar on the spot untuk letak tempat yang betul. Dengan aku sekali, bangun kemas selimut dengan cadar dalam bilik. Kau ghase?
5. Latih Anak-anak Seawal Bayi Tau!
Bukanlah bayi baru lahir. Korang pun. Dengan anak-anak, terutamanya Nazhan of course selaku anak sulung, seawal Nazhan start boleh faham sikit-sikit apa yang kita cakap, dia dah suruh Nazhan kemas sendiri barang-barang mainan. Buat macam cara bermain. Cabar anak-anak untuk buat tugas-tugas tu. Tak perlu rasa bersalah, selagi anak tak sakit, tak sengsara sangat, dia boleh terima pembelajaran seawal ini dari rumah. Bagitahu juga kenapa kena kemas. Sebab nak ketenangan. Allah pun suka kebersihan dan kecantikan.
Budak-budak suka je kita bagi barang kat tangan dorang, suruh letak dalam bekas memana. Itu dah jadi hiburan bagi dorang. Nik siap latih Nazhan letak di ruang yang spesifik ye. Tingkat atas belah kiri, dinasour, belah kanan, kenderaan. Tengah, puzzles. Bawah sekali kad bergambar. Mischilaneous pulak kat mana. Macam-macamlah. Jangan main-main. Nazhan tu, selipar dia nampak senget pun dia betulkan. Aku yang letih menengokkan.
6. Jangan Lupa Bagi Upah Kat Anak
Bebudak ni suka show off dengan mak ayah dorang. Apa-apa skil baru yang dia jumpa, mesti nak kena tunjuk kat aku nih. 'Umi! Tengok ni!' Ambil 2 lego, tekan antara 2 jari hantu dengan jari telunjuk. Boom lego meletup! Aku pun, 'Yeaayyy!!!! sambil tepuk tangan. Buat guys. Layankan anak kita. Tak habis duit pun. Setakat senyum, sorak, tepuk tangan, gosok kepala, peluk, cium. Best sebenarnya. Hilang stress.
Aku suka suruh Nazhan dengan Nazeem susun pinggan dekat rak. Kena ikut saiz. Sekarang, Nazeem pun dah slowly boleh letakkan pinggan. Tapi belum spesifik lagi. Lepas dah letak, tepuk tangan sikit. Jangan lupa sebut Wow!!!! Lagi hype mak bapak, lagi anak nak dan ikhlas mengikut arahan, yang akan bertukar menjadi kelaziman, tabiat dan rutin.
7. Bersepahlah Sama-sama
Untuk yang ada anak lebih seorang, berusia pula 7 tahun dan ke bawah, usahakanlah supaya mereka buat sepah bersama-sama. Main sama-sama, sepahkan mainan sama-sama. Makan sama-sama, sepahkan makanan sama-sama. Bila buat sama-sama, kemas pun sama-sama. Satu kerja, sekali harung. Bayangkan, kalau time anak A makan, anak B main. Kena kemas. Lepas tu, tukar posisi pula. Kena kemas balik. Kan dah 2 kali kerja namanya tu? Buat sekali je ye.
Sabar, Itu Kunci Dia
Dorang kecil tak lama. Masa kecillah masa terbaik untuk menerapkan tabiat-tabiat yang baik dalam diri anak-anak. Namun, dalam tempoh ini jugalah, kita akan mengalami pelbagai masalah. Anak lupa, anak tak nak dengar, anak ulang kesalahan. Ini Normal! Tugas kita, mendidik. Allah akan menetapkan, anak menerima atau tidak didikan itu, pada masa yang Allah suka. Sabar kunci dia. Kita juga akan mengalami pelbagai jenis emosi, positif dan negatif yang akan turut meninggalkan kesan kepada anak-anak.
Insya Allah, kita akan jadi ibu bapa yang lebih baik hari ini daripada semalam setiap hari. Amiin.
Comments
Post a Comment