5 Permainan Zaman Kanak-kanak Aku
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setiap petang, dalam pukul 6 gitu, kami adik beradik akan masuk dalam kereta macam ikan sardin, dan bergerak ke kampung kami yang terletak dalam 10 kilometer je dari rumah. Kat sana, ada satu tempat lapang yang berumput dan satu lagi tempat berpasir. Kami berkumpul ramai-ramai sepupu sepapat untuk bermain. Seronok sangat. Masa memilih ahli kumpulan masing-masing, kami guna kaedah lat talilat tali tamplom dan osom macam biasalah. Berebut geng untuk pilih geng yang power. Aktiviti Permainan Zaman Kecilku Permainan zaman yang aku main masa kanak-kanak memang jarang boleh tengok dah sebab kawasan aku tinggal, ditar. Macam mana nak lukis petak-petaknya. Sedih betul. Tapi, zaman berubah. Kanak-kanak zaman sekarang lebih suka bermain permainan yang ada atas talian. Ada yang boleh main sendiri. Ada yang boleh main dengan kawan-kawan dari luar negara. Siap ada yang bertemu jodoh dengan gamer ditemui di web-web online games. Ada juga yang betul-bet...