Tulisan Ringkas Raya Terkejut
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Selamat hari raya semuanya.
Maaf zahir dan batin.
Tahun ini, tahun raya terkejut. Setelaj sekian lama, kita kembali berpuasa 29 hari sahaja.
Ramai ke yang makan megi je pagi raya?
Alhamdulillah, family sempat biat macam macam.
Aku macam biasa, tolong habiskan makanan je.
Yang masak, orang lain. Hehe.
Tahun ni, first time beli bunga api dan lampu lip lap so that anak aku lebih merasai suasana raya.
Yelah, dah 2 tahun, raya mereka terbazir macam tu je.
Baju raya. Kuih raya sikit (beli je). Paling penting, boleh balik beraya di kampung.
Perjalanan pergi dan balik, alhamdulillah smooth.
Tak de la sampai berbelas jam macam ada satu tahun dulu tu.
Semua balik, kecuali Sumayah sekeluarga yang ada di Jepun. X pelah. Insya Allah, ada rezeki nk jumpa adikku yang sorang tu nanti.
Entri kali ni ringkas jelah. Gambar raya aku update in the next entry. Insya Allah kalau ada rezeki. Hehehe
Wassalaam.
Comments
Post a Comment