Laman Web Untuk Anak-anak Belajar Menggunakan Duit

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebagai seorang cikgu pada hari ini, aku ada pengakuan hendak dibuat. Aku memang lemah bab-bab nombor termasuklah bab mengira duit. Honestly, bila aku pergi makan dengan kawan dan kami nak tong tong bayar, aku memang pass kat kaawan je untuk kirakan. Sama juga kalau aku nak kena bayar benda lain, memang aku sentiasa mengelak untuk kirakan duit.

Few months ago, aku dipertemukan dengan sebuh laman web yang mengajar anak-anak untuk mengira duit. Daripada website ni, harap-harap Nazhan tidak lari daripada tanggungjawab mengira duit macam umi dia. Hari ni aku nak sharelah beberapa games yang boleh membantu mengajar anak-anak menggunakan duit di kedai. Memang seronok. Percayalah!


permainan duit online

Grocery Cashier ini memberi peluang kepada anak-anak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang juruwang. Juruwang ini menggunakan operasi tambah untuk memberikan jumlah harga barangan kepada pelanggan. Lepas dah dapat jumlah, anak-anak kena kira pula berapa keping duit yang berlainan nilainya yang perlu dibayar. Permainan ini sangat bagus untuk membiasakan anak-anak kepada penggunaan wang walaupun latihan ini dilakukan secara maya.

cara kira baki duit

Anak-anak hanya perlu menambah semua harga barangan untuk mendapatkan jumlah harga barangan yang dibeli oleh pelanggan. 


belajar guna duit

CashBack pula merupakan permainan yang memerlukan anak-anak untuk mengira baki wang yang perlu diberikan kepada pelanggan. Jadi, mereka hanya perlu menolak harga barangan yang dibeli daripada jumlah duit yang diberi oleh pelanggan.

money online games

Aku selalu ambil je baki daripada cashier bila membeli. Kira pun tidak. Dah jadi tabiat dah. Entah banyak mana dah rugi gara-gara tabiat buruk aku yang tidak suka mengambil berat tentang hal duit dan baki ni. Hopefully, Nazhand dan Nazeem akan lebih cakna. Apabila anak-anak sudah dilatih sebegini, kita dapat mengelakkan kes penipuan daripada berlaku di kaunter pembayaran. Betul tak?

Laman Mortgage Calculator sebenarnya lebih memfokuskan kepada penggunaan duit dan kewangan. Namun, untuk memperkenalkan perihal pentingnya pengurusan duit di usia yang muda, ia menyediakan banyak permainan yang sangat bermanfaat untuk kita dan anak-anak. Bukan jenis yang di atas sahaja ye. Dah la percuma, tak de iklan pula tu. Itu yang paling best sebenarnya.

Korang boleh pilih daripada senarai yang anda. Aku pasti mesti anak-anak korang pun akan jumpa sekurang-kurangnya 3 permainan kegemaran mereka. Aku suka sangat web ni sebab kita boleh main permainan yang sangat bagus ini secara percuma.Tak de la asyik kena pause sebab iklan. Kita pun boleh join anak-anak main dengan tenang dan tenteram.

Selamat mencuba!






Comments

  1. Ni ore tuo hok malah ngiro pun bulih guno untuk belaja ni. Tenkiu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus